Cacing Gelang (Filum Nematoda) adalah salah satu filum dalam alam haiwan yang paling pelbagai. Spesies cacing gelang atau Nematod amat sukar dibezakan, dengan 28,000 spesies berlainan telah diterangkan. [1]lebih 16,000 ialah parasit. Dianggarkan jumlah bilangan spesies nematod mungkin kira-kira 1,000,000.[2] Tidak seperti cnidaria atau cacing pipih, cacing gelang mempunyai sistem pencernaan seperti tiub dengan terbuka di kedua-dua hujung.

Nematod
Cacing gelang yang tidak dikenalpasti dari tanah basah.
Mulutnya di sudut kiri atas.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Nematoda
Kelas

Chromadorea (dipertikai)
Enoplea (dipertikai)
Secernentea
and see text

Sinonim

Adenophorea (see text)
Aphasmidia
Nematoidea Rudolphi, 1808
Nematodes Burmeister, 1837
Nemates Cobb, 1919
Nemata Cobb, 1919

Cacing Gelang terdapat dalam air tawar, air masin, dan persekitaran darat, di mana mereka sering melebihi bilangan haiwan lain dari segi bilangan dan jumlah spesies. Tambahan lagi, terdapat banyak bentuk parasit, termasuk pantogen dalam tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia. Hanya filum Arthropoda lebih pelbagai.

Cacing Gelang adalah triploblastic protostomes. Mereka berbentuk seperti cacing biasa, panjang dan bulat secara keratan rentas, walaupun tanpa ruas. Rongga badan menyusut kepada pseudocoelom sempit, sebagaimana pada haiwan amat kecil biasa. Mulutnya terdapat di bahagian dalam "anterior", dan sering kali diseliputi dengan pelbagai unjuran atau bibir yang digunakan bagi makan dan deria rasa, dengan bahagian dubur menjulur sedikit keluar. Lapisan epidermis menghasilkan lapisan kutikle "cuticle" yang melindungi tubuhnya daripada kekeringan, daripada cecair penghadaman, atau dari persekitaran sukar yang lain, juga dalam bentuk unjuran yang membantu pergerakan.

Kebanyakan nematod hidup bebas adalah bersaiz seni "microscopic", walaupun beberapa bentuk parasit mampu membesar sepanjang beberapa meter. Cacing ini tidak mempunyai otot gelang, dengan itu badannya hanya mampu mengeliat dari sisi ke sisi. Untuk bergerak kemana-mana, cacing ini perlu bersentuhan dengan objek pepejal, pergerakan mengelupurnya tidak sesuai untuk berenang. Spesies berlainan makan bahan pelbagai seperti alga, fungi, haiwan kecil, bahan kumbahan, bangkai organisma dan tisu hidup. Nematod hidup bebas laut adalah penting dan merupakan ahli "meiobenthos".

Pembiakan biasanya seksual, biasanya dengan yang jantan lebih kecil sedikit berbanding cacing betina dan mempunyai ciri ekor bengkok. Dalam pertumbuhan spesies hidup bebas, ia biasanya secara langsung, dengan empat peringkat molts of the cuticle semasa pertumbuhan. Bentuk parasit seringkali mempunyai kitaran hayat yang rumit, berpindah melalui beberapa perumah berlainan atau lokasi dalam badan perumah. Jangkitan berlaku melalui pelbagai cara seperti memakan daging berlarva yang tidak dimasak dengan sempurna, melalui luka terbuka, melalui pemindahan melalui serangga penghisap darah, dan sebagainya.

Parasit penting pada manusia termasuk whipworms, cacing cangkuk hookworms, pinworms, ascarids, dan filarids. Cacing Gelang lain yang penting adalah Caenorhabditis elegans, yang tinggal dalam tanah dan sering digunakan sebagai organisma contoh. Baylisascaris biasanya menjangkiti haiwan liar tetapi mampu membunuh manusia juga. Haemonchus contortus adalah satu daripada agent jangkitan yang biasa bagi biri-biri seluruh dunia, menyebabkan tekanan ekonomi kepada penternak biri-biri.

Kehadiran pseudocoelom yang sama tidak lagi dianggap sebagai bukti bahawa phyla pseudocoelomate adalah berkait, tetapi beberapa kumpulan berkemungkinan masih berkait rapat dengan Nematoda. Penting disedari di sini adalah Nematomorpha, atau cacing "horse-hair", yang mempunyai larva parasit dalam arthropod dan dewasa yang hidup bebas. Arthropods juga dianggap sebagai berkemungkinan berkait dengan kumpulan ini. Keseluruhan bentuk haiwan bersalin kulit "molting" membentuk clade Ecdysozoa.

Cacing Gelang pada asalnya dinamakan Nemata oleh Nathan Cobb pada 1919. Kemudiannya mereka diturunkan kepada kelas Nematoda dalam filum Aschelminthes, sebelum dikembalikan kepada filum Nematoda.

Ascaris lumbricoides (cacing gelang gergasi) adalah bahasa Latin dan nama taxonomi bagi parasit manusia, menyebabkan penyakit askariasis.

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Hugot et al. (2001)
  2. ^ Lambshead, P J D (1993). "Recent developments in marine benthic biodiversity research". Oceanis. 19 (6): 5–24.

Pautan luar

sunting