Capital FM 88.9

(Dilencongkan daripada Capital FM)

Capital FM merupakan sebuah stesen radio di Malaysia bermula 1 Februari 2008. Stesen radio ini merupakan stesen radio tempatan yang ke-64. Pengerusi Capital FM adalah Tan Sri Syed Yusof. Kelvin Ong (bekas personaliti TV3) merupakan pengarah stesen radio ini dan Richard Ng merupakan antara penyampai tetap Capital FM. Tagline stesen radio ini adalah ‘Nadi Pusat Bandar’ (The Pulse Of The City). Konti stesen radio ini terletak di bangunan Hotel Concorde, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Capital FM
BandarKuala Lumpur
Kawasan penyiaranMalaysia Barat
FrekuensiBerbeza-beza bergantung kepada kawasan
Tarikh siaran pertama1 Februari 2008; 16 tahun yang lalu (2008-02-01)
FormatRadio bicara
Tarikh siaran terakhir30 September 2015; 9 tahun yang lalu (2015-09-30)
BahasaInggeris

Pada Tahun 2008 sampai tahun 2010, Capital FM mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di mana stesen tersebut adalah nadi pusat bandar, Kuala Lumpur tetapi malangnya stesen tersebut mengalami masalah kewangan pada bulan Januari, 2010 akan tetapi stesen tersebut masih aktif dengan menyajikan muzik tanpa henti dan tanpa penyampai radio ke udara sehingga SRG mengumumkan mengambil alih stesen tersebut pada bulan October 2011 dan menjenama stesen tersebut semula sebagai radio wanita.

Tetapi malangnya, setelah penjenamaan semula oleh SRG, Capital FM masih gagal menarik perhatian dan peminat dan pendengar pusat bandar sehingga stesen tersebut terpaksa berhenti siaran tanpa DJ, cuma muzik dan lagu sahaja mulai 1 Oktober 2015. Kesemua ini telah berhenti selepas pengambilalihan Astro Radio.

Capital FM memegang lesen Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Aplikasi Individu (CASP) untuk membolehkannya menyiarkan tanpa DJ

Pada 9 September 2016, Astro mengumumkan rancangan untuk membeli Red FM dan Capital FM daripada Star Radio untuk RM42 juta. Astro berhasrat untuk menjenamakan semula dan menyiarkan dua stesen radio ini melalui platform udara dan dalam talian selepas pengambilalihan.[1] Pengambilalihan itu selesai pada 30 Disember 2016 dan stesen ini kini dimiliki oleh Astro Radio dan tidak lagi berjenama. Sehingga 1 Februari hingga 1 Oktober 2017, stesen-stesen ini adalah transmisi ujian penyiaran untuk penjenamaan semula akan datang tidak lama lagi.[2]

Pada 2 Oktober 2017, ia telah digantikan dengan GoXuan.

Frekuensi

sunting
Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar Catatan
88.9 MHz Lembah Klang, Perak Tanjung Malim Tapah, Pahang Utara dan Negeri Sembilan Utara Gunung Ulu Kali -
107.6 MHz Pulau Pinang, Kedah Selatan Bandar Baharu Parit Buntar dan Perak Utara Taiping Bukit Penara -

Radio ini juga boleh diakses di Perak Selatan (Bidor, Slim River, Sungkai, Tanjung Malim, Tapah dan Teluk Intan), Pahang Barat (Bentong, Tanah Tinggi Genting, Karak, Mentakab, Raub dan Temerloh) dan Negeri Sembilan utara (Mantin, Nilai dan bahagian-bahagian Seremban) di Lembah Klang adalah 88.9 MHz, manakala Kedah Selatan (Bandar Baharu, Kulim dan Sungai Petani) dan Perak Utara (Bagan Serai, Bukit Merah, Kamunting, Parit Buntar dan sebahagian Taiping) boleh diakses di frekuensi Pulau Pinang 107.6 MHz.[3]

Rujukan

sunting
  1. ^ "Astro seeks to acquire all of Capital FM for RM42m". The Malay Mail. 9 September 2016. Dicapai pada 17 September 2016.
  2. ^ "Radio industry will remain relevant, says Astro Radio CEO". 23 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-29. Dicapai pada 4 February 2017.
  3. ^ "What We're About". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-17. Dicapai pada 2017-12-13.