Karapas

(Dilencongkan dari Carapace)

Karapas ialah bahagian belakang berupa rangka luar atau cangkerang yang dimiliki sebilangan haiwan, merangkumi antropoda (seperti krustasea and araknida) serta haiwan vertebrata, seperti kura-kura dan penyu. Bagi kura-kura dan penyu, bahagian ventralnya (bawah) digelar plastron.

Diagram seekor udang, bahagian karapas berwarna merah.

Pada krustaseaSunting

 
Penggantian karapas oleh lady crab di Long Beach, New York.

Bagi krustasea, karapas berfungsi sebagai kulit luar sepanjang cephalothorax. Kulit ini mengunjur ke belakang mata disebut sebafai rostrum. Setiap krustasea mempunyai binaan karapas dengan kandungan kalsium yang berbeza.[1]

Zooplankton dalam filum krustasea juga mempunyai karapas. Termasuklah kladosera, ostrakoda, dan isopoda. Namun isopoda hanya menghasilkan karapas "perisai sepfalik" untuk melindungi bahagian kepalanya sahaja.

Pada araknidaSunting

 
Diagram seekor araknida, karapas berwarna ungu

Bagi araknida, karapasnya terbentuk oleh campuran prosomal tergita menjadi satu plat yang melindungi mata, okularium, ozopora (sepasang bukaan kelenjar bau bagi Opiliones) dan pelbagai lagi fanera (phaneres).[2]

Bagi sesetengah order haiwan lain, seperti Solifugae dan Schizomida, karapasnya mungkin terbahagi kepada dua segmen; manakala Opiliones pula, sesetengah penulis menggunakan istilah karapas bersama-sama dengan istilah cephalothorax. Ini salah kerana Karapas merujuk kepada bahagian dorsal ekzoskeleton cephalothorax.

Bagi mengelakkan kekeliruan dengan krustasea, istilah lain karapas bagi araknida adalah cangkerang dorsal prosomal dan peltidium

Pada kura-kura dan PenyuSunting

 
Cangkerang Kura-kura Greek dibuka menunjukkan rangkanya dari bawah

Karapasnya ialah bahagian dorsal (belakang) cangkerang struktur kura-kura, merangkumi sebahagian besar tulang rusuknya, cakera dermal dan kepingan perisai (scute).[3][4]

RujukanSunting

  1. ^ Dean Pentcheff (penyunting). "Carapace". Crustacea Glossary. Natural History Museum of Los Angeles County. Dicapai pada 17 June 2012.
  2. ^ Jan Beccaloni (2009). Arachnids. University of California Press. ISBN 978-0-520-26140-2.
  3. ^ A. S. Romer (1956). Osteology of the Reptiles. University of Chicago Press.
  4. ^ R. Zangerl (1969). "The turtle shell". Dalam C. Gans, D. d'A. Bellairs & T. A. Parsons (penyunting). Biology of the Reptilia. 1. London: Academic Press. halaman 311–340.