Gelang planet

(Dilencongkan dari Cincin planet)

Gelang planet (Jawi: ڬلڠ ڤلانيت) ialah gelang, gegelung, cincin, atau cakera yang terdiri daripada bahan pepejal seperti debu dan satelit minor, yang mengorbit sesebuah planet. Gelang planet yang paling ketara yang dikenali di dalam Sistem Suria adalah yang mengelilingi Zuhal, tetapi tiga planet gergasi gas yang lain di Sistem Suria (Musytari, Uranus dan Neptun) juga mempunyai sistem gelang mereka sendiri. Bukti terbaru mengusulkan bahawa sistem gelang mungkin juga dijumpai pada objek-objek falak yang lain termasuklah planet minor, bulan dan kerdil perang.

Bulan Prometheus (kanan) dan Pandora (kiri) yang mengorbit di dalam dan luar gelang F Zuhal.

Laporan Mac 2008[1][2][3] berpendapat bahawa bahagian bulan Rhea mungkin mempunyai sistem gelang renggang sendiri, yang akan menjadikan Rhea satu-satunya bulan yang diketahui mempunyai sistem gelang. Satu kajian selepasnya, yang diterbitkan pada tahun 2010 mendedahkan bahawa pengimejan Rhea dari misi Cassini adalah tidak konsisten dengan sifat gelang yang diramalkan, menunjukkan bahawa beberapa mekanisme lain adalah bertanggungjawab untuk kesan magnet yang telah membawa kepada hipotesis gelang.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ "Saturn's Moon Rhea Also May Have Rings" (dalam bahasa Inggeris). NASA. 6 Mac 2008. Dicapai pada 14 Februari 2018.
  2. ^ Jones, G. H. (7 Mac 2008). "The Dust Halo of Saturn's Largest Icy Moon, Rhea". Science (dalam bahasa Inggeris). AAAS. 319 (5868): 1380–1384. Bibcode:2008Sci...319.1380J. doi:10.1126/science.1151524. PMID 18323452.
  3. ^ Lakdawalla, E. (6 Mac 2008). "A Ringed Moon of Saturn? Cassini Discovers Possible Rings at Rhea" (dalam bahasa Inggeris). Planetary Society. Dicapai pada 9 Mac 2008.
  4. ^ Tiscareno, Matthew S.; Burns, Joseph A.; Cuzzi, Jeffrey N.; Hedman, Matthew M. (2010). "Cassini imaging search rules out rings around Rhea". Geophysical Research Letters (dalam bahasa Inggeris). 37 (14): L14205. arXiv:1008.1764. Bibcode:2010GeoRL..3714205T. doi:10.1029/2010GL043663.

Pautan luar sunting