WJSN (Hangul우주소녀; RRUju Sonyeo; Cina ringkas: 宇宙少女), juga dikenali sebagai Cosmic Girls, ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan yang dibentuk oleh Starship Entertainment dan Yuehua Entertainment. Kumpulan ini debut pada 25 Februari 2016 dengan album mini pertama mereka Would You Like?. Barisan semasa kumpulan ini terdiri daripada sepuluh ahli: Seola, Bona, Exy, Soobin, Luda, Dawon, Eunseo, Yeoreum, Dayoung dan Yeonjung. Pada asalnya tiga belas orang ahli sejak bulan Julai 2016, Xuanyi, Cheng Xiao dan Meiqi telah meninggalkan kumpulan ini pada bulan Mac 2023 selepas hiatus sejak tahun 2018.

WJSN
WJSN pada bulan September 2018
Dari kiri ke kanan: Dayoung, Exy, Yeoreum, Yeonjung, Bona, Eunseo, Luda, Dawon, Seola, Soobin
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Cosmic Girls
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
Genre
Tahun aktif2016 (2016)—sekarang
Syarikat rakaman
Pengkarya berkait
Laman sesawang
Laman sesawang rasmi
Ahli
  • Seola
  • Bona
  • Exy
  • Soobin
  • Luda
  • Dawon
  • Eunseo
  • Yeoreum
  • Dayoung
  • Yeonjung
Bekas ahli
  • Xuan Yi
  • Cheng Xiao
  • Mei Qi

Sejarah sunting

2015–2016: Pembentukan dan debut dengan Would You Like? dan The Secret sunting

Pada 4 Disember 2015, Starship Entertainment dan Yuehua Entertainment melancarkan kumpulan wanita 12 orang ahli yang dipanggil WJSN, di mana ahli Korea dan Cina dibahagikan kepada subunit yang berbeza.[1]

Pada 10 Disember, unit pertama, Wonder Unit, diumumkan (Cheng Xiao, Bona dan Dayoung).[2] Pada 17 Disember, unit kedua tiga ahli (Xuan Yi, Eunseo dan Yeoreum) diperkenalkan: Joy Unit.[3] Pada 21 Disember, WJSN Unit Wonder and Joy mengeluarkan cover Krismas daripada lagu "All I Want For Christmas Is You" oleh Mariah Carey.[4] Pada 24 Disember, unit ketiga, Sweet Unit, diumumkan (SeolA, Exy dan Soobin).[5] Pada 31 Disember, unit terakhir diumumkan: Natural Unit (Mei Qi, Luda dan Dawon).[6]

WJSN memulakan debut pada 25 Februari 2016 dengan mengeluarkan album mini pertama debut mereka Would You Like?, Termasuk tajuk utama lagu "Mo Mo Mo" dan "Catch Me".[7][8] Kumpulan ini mengadakan debut pentas mereka pada episod 25 Februari di M Countdown dengan "Catch Me" dan "Mo Mo Mo".[9]

Pada 11 Julai, Starship Entertainment mengesahkan bahawa Yoo Yeon-jung I.O.I akan menyertai kumpulan ini.[10] Pada bulan Ogos 2016, SeolA, Exy, Soobin, Eunseo, Cheng Xiao, Yeoreum, dan Dayoung bekerjasama dengan rakan label Monsta X untuk membentuk unit "Y-Teen." Y-teen adalah kumpulan unit projek yang dipromosikan sebagai model CF untuk perkhidmatan tambang telefon KT dan akan mengeluarkan album mini, video muzik, dan pelbagai kandungan hiburan.[11]

Pada 17 Ogos, WJSN mengluarkan album mini kedua mereka The Secret dengan semua 13 orang ahli.[12]

2017: From. WJSN, konsert pertama dan Happy Moment sunting

Pada 4 Januari 2017, WJSN mengeluarkan album mini ketiga mereka From. WJSN.[13][14] Album mini ini mengandungi enam buah lagu termasuk single utama "I Wish".[15]

WJSN mengadakan konsert solo pertama mereka, "Will You Like - Happy Moment", dari 19-20 Mei di Blue Square Samsung Card Hall.[16][17] Seramai 2,000 peminat berkumpul dalam dua hari.[18]

Album studio pertama Cosmic Girls, Happy Moment, dikeluarkan pada 7 Jun 2017, dengan jumlah sepuluh buah lagu termasuk single utama "Happy". Album ini menduduki tempat nombor 1 di carta harian dan masa nyata Hanteo setelah dilancarkan.[19]

2018: Dream Your Dream and WJ Please? sunting

Pada 27 Februari 2018, Cosmic Girls mengeluarkan album mini keempat mereka Dream Your Dream, yang terdiri daripada enam buah lagu termasuk single utama "Dreams Come True".[20] Showcase comeback mereka diadakan di Yes24 Live Hall pada hari yang sama dengan pelancaran album.[21][22]

Pada 1 Jun 2018, WJSN dan Weki Meki membentuk kumpulan projek yang diberi nama WJMK dan mengeluarkan single digital "Strong".[23]

Dua ahli China (Mei Qi dan Xuan Yi) mengambil bahagian dalam rancangan survival Produce 101 versi Cina pada separuh pertama tahun 2018.[24][25] Rancangan itu berakhir dimana Mei Qi berada di kedudukan ke-1 dan Xuan Yi di kedudukan ke-2, menjadikan mereka berdua ahli kumpulan wanita sementara Rocket Girls 101.[26][27]

Pada 19 September 2018, WJSN kembali dengan mini album kelima mereka WJ Please?. Ahli China, Cheng Xiao, Mei Qi dan Xuan Yi, tidak mengambil bahagian dalam comeback dan terus menjadi sepuluh orang ahli.[28] Mei Qi dan Xuan Yi sedang bersiap untuk debut dengan Rocket Girls 101, sementara Cheng Xiao membuat penggambaran Legend of Awakening, sebuah drama fantasi sejarah China sebagai pelakon utama kedua, yang menjadikan ini debut beliau sebagai pelakon.[29]

Pada 2 Oktober 2018, kumpulan ini mendapat kemenangan pertunjukan muzik pertama mereka di SBS MTV The Show.[30][31]

2019: WJ Stay?, konsert kedua, For the Summer, dan As You Wish sunting

Pada 8 Januari 2019, WJSN mengeluarkan album mini keenam mereka WJ Stay?, yang terdiri daripada tujuh buah lagu termasuk single utama "La La Love".[32] Kumpulan ini terus mempromosikan sebagai sepuluh orang ahli, dengan ahli China, Cheng Xiao, Mei Qi dan Xuan Yi, tidak dapat mengambil bahagian dalam comeback kerana komitmen sebelumnya.[33]

WJSN mengadakan konsert solo kedua mereka, "Will You Stay - Secret Box", dari 2-3 Mac di Blue Square Imarket Hall.[34]

WJSN mengeluarkan album istimewa mereka For the Summer pada 4 Jun 2019, yang terdiri daripada lima buah lagu termasuk single utama "Boogie Up".[35]

Pada bulan Ogos 2019, WJSN mengadakan lawatan konsert pertama mereka yang bertajuk WJSN 1st Mini Live 2019 "Would You Like?" Zepp Tour in Japan, bermula pada 17 Ogos di Zepp DiverCity di Tokyo.[36][37]

WJSN mengeluarkan album mini ketujuh mereka As You Wish pada 19 November 2019, yang terdiri daripada tujuh buah lagu termasuk single utama "As You Wish".[38]

2020: Konsert ketiga, Neverland, dan sub-unit pertama WJSN Chocome sunting

Pada tahun 2020, WJSN telah merancang untuk mengadakan konsert ketiga mereka yang bertajuk WJSN Concert "Obliviate" bermula pada 22 Februari 2020 di Olympic Hall di Seoul, Korea Selatan dan selesai pada 22 Mac 2020 di Toyosu PIT di Tokyo, Jepun.[39] Namun, disebabkan oleh Pandemik COVID-19, konsert itu ditunda.

WJSN mengeluarkan album mini kelapan mereka Neverland, dengan single utama "Butterfly", pada 9 Jun.[40]

Pada 23 September 2020, WJSN mengumumkan pembentukan sub-unit baru WJSN Chocome, yang menampilkan ahli Soobin, Luda, Yeoreum dan Dayoung. Mereka mengeluarkan album single pertama mereka Hmph! dengan single utama dengan nama yang sama pada 7 Oktober.[41][42]

2021–sekarang: Unnatural, sub-unit kedua WJSN The Black, Queendom 2, Sequence, pembaharuan kontrak dan ahli Cina meninggalkan kumpulan sunting

WJSN mengeluarkan mini album kesembilan mereka Unnatural dengan single utama dengan nama yang sama pada 31 Mac.[43]

Pada 26 April, WJSN mengumumkan pembentukan sub-unit kedua mereka WJSN The Black, yang menampilkan ahli Seola, Exy, Bona dan Eunseo, Mereka mengeluarkan album single pertama mereka My Attitude dengan single utama "Easy" pada 12 Mei.[44]

Pada 23 September, WJSN mengeluarkan single promosi "Let Me In" melalui Universe Music untuk aplikasi mudah alih Universe.[45]

Pada 5 Januari, WJSN Chocome mengeluarkan album single kedua mereka Super Yuppers! dengan single utama dengan nama yang sama.[46] Pada 21 Februari 2022, telah disahkan bahawa WJSN akan mengambil bahagian dalam musim kedua Queendom, yang berlangsung dari bulan Mac sehingga Jun 2022.[47] Dawon tidak menyertai rancangan itu, manakala Bona menyertai pada pusingan ketiga kerana konflik penjadualan dengan dramanya Twenty-Five Twenty-One.[48] WJSN diumumkan sebagai pemenang Queendom 2 pada episod akhir secara langsung pada 2 Jun.[49]

Pada 6 Mei, Starship Entertainment mengumumkan kumpulan ini akan mengadakan jelajah konsert keempat mereka, bertajuk '2022 WJSN Concert Wonderland' di Olympic Hall pada 11 dan 12 Jun.[50] Berikutan kemenangan mereka di Queendom 2, diumumkan bahawa WJSN akan membuat comeback pada 5 Julai dengan album single istimewa mereka Sequence dengan single utama "Last Sequence".[51]

Pada 18 November 2022, Starship Entertainment mengumumkan konsert peminat '2023 WJSN Fan-Con Codename: Ujung' yang akan berlangsung pada 7 dan 8 Januari 2023.[52]

Pada 3 Mac 2023, Starship Entertainment mengumumkan bahawa Xuanyi, Cheng Xiao dan Meiqi telah meninggalkan WJSN berikutan tempoh kontrak mereka telah tamat. Dalam pengumuman yang sama, turut diumumkan bahawa Luda dan Dawon memilih untuk tidak memperbaharui kontrak mereka, tetapi tidak menyatakan sama ada mereka akan kekal dalam kumpulan ini.[53] Pada 13 Mac 2023, Soobin menjelaskan bahawa Luda dan Dawon tidak meninggalkan WJSN, diikuti dengan kenyataan rasmi oleh Starship Entertainment yang menyokong maklumat tersebut.[54]

Ahli sunting

  • Exy (Hangul엑시) lahir sebagai Chu So-jung (Hangul추소정) pada (1995-11-06) 6 November 1995 (umur 28) di Busan, Korea Selatan.
  • Seola (Hangul설아) lahir sebagai Kim Hyun-jung (Hangul김현정) pada (1994-12-24) 24 Disember 1994 (umur 29) di Seoul, Korea Selatan.
  • Bona (Hangul보나) lahir sebagai Kim Ji-yeon (Hangul김지연) pada (1995-08-19) 19 Ogos 1995 (umur 28) di Daegu, Korea Selatan.
  • Soobin (Hangul수빈) lahir sebagai Park Soo-bin (Hangul박수빈) pada (1996-09-14) 14 September 1996 (umur 27) di Seoul, Korea Selatan.
  • Luda (Hangul루다) lahir sebagai Lee Lu-da (Hangul이루다) pada (1997-03-06) 6 Mac 1997 (umur 27) di Seoul, Korea Selatan.
  • Dawon (Hangul다원) lahir sebagai Nam Da-won (Hangul남다원) pada (1997-04-16) 16 April 1997 (umur 27) di Seoul, Korea Selatan.
  • Eunseo (Hangul은서) lahir sebagai Son Ju-yeon (Hangul손주연) pada (1998-05-27) 27 Mei 1998 (umur 25) di Incheon, Korea Selatan.
  • Yeoreum (Hangul여름) lahir sebagai Lee Jin-sook (Hangul이진숙) pada (1999-01-10) 10 Januari 1999 (umur 25) di Seoul, Korea Selatan.
  • Dayoung (Hangul다영) lahir sebagai Im Da-young (Hangul임다영) pada (1999-05-14) 14 Mei 1999 (umur 24) di Jeju, Korea Selatan.
  • Yeonjung (Hangul연정) lahir sebagai Yoo Yeon-jung (Hangul유연정) pada (1999-08-03) 3 Ogos 1999 (umur 24) di Gwangmyeong, Gyeonggi, Korea Selatan.

Bekas ahli sunting

  • Xuan Yi (Hangul선의 Bahasa Cina: 宣仪) lahir sebagai Wu Xuan Yi (Bahasa Cina: 吴宣仪) pada (1995-01-26) 26 Januari 1995 (umur 29) di Hainan, China.
  • Cheng Xiao (Hangul성소 Bahasa Cina: 程潇) lahir pada (1998-07-15) 15 Julai 1998 (umur 25) di Shenzhen, China.
  • Mei Qi (Hangul미기 Bahasa Cina: 美岐) lahir sebagai Meng Mei Qi (Bahasa Cina: 孟美岐) pada (1998-10-15) 15 Oktober 1998 (umur 25) di Henan, China.

Garis masa sunting

Subunit sunting

  • WJSN Chocome (Hangul우주소녀 쪼꼬미): Soobin, Luda, Yeoreum, Dayoung
  • WJSN The Black (Hangul우주소녀 더블랙): Seola, Bona, Exy, Eunseo
  • Wonder Unit (Hangul원더 유닛): Bona, Cheng Xiao, Dayoung
  • Joy Unit (Hangul조이 유닛): Xuanyi, Eunseo, Yeoreum
  • Sweet Unit (Hangul스윗 유닛): Exy, Seola, Soobin
  • Natural Unit (Hangul내추럴 유닛): Luda, Dawon, Meiqi, Yeonjung

Diskografi sunting

  • Happy Moment (2017)

Filemografi sunting

Rancangan realiti sunting

Tahun Tajuk Nota Ref.
2016 Would You Like Girls (My Cosmic Diary) Yeonjung menyertai rancangan realiti WJSN pada episod terakhir. [55]
2017 Living Together in Empty Room Konsep perkongsian rumah dengan chef Oh Se-deuk. [56]
Watch WJSN Show Bersiaran pada bulan November 2017. [57]
2022 Queendom 2 Peserta/Pemenang [47]
TMT Cosmic Girl Program hiburan pendek [58]

Konsert dan jelajah sunting

Konsert utama sunting

  • WJSN 1st Concert "Would You Like – Happy Moment" (2017)
  • WJSN Concert "Would You Stay – Secret Box" (2019)
  • 2022 WJSN Concert "Wonderland" (2022)

WJSN 1st Concert "Would You Like – Happy Moment" sunting

Tarikh[16] Bandar Negara Tempat Kehadiran
19 Mei 2017 Seoul Korea Selatan Blue Square Samsung Card Hall 2,000[18]
20 Mei 2017

WJSN Concert "Would You Stay – Secret Box" sunting

Tarikh[34][59] Bandar Negara Tempat
2 Mac 2019 Seoul Korea Selatan Blue Square Imarket Hall
3 Mac 2019

2020 WJSN Concert "Obliviate" (Ditunda) sunting

Tarikh[39][60] Bandar Negara Tempat
22 Februari 2020 Seoul Korea Selatan Olympic Hall
23 Februari 2020
14 Mac 2020 Osaka Jepun Cool Japan Park Osaka WW Hall
15 Mac 2020
21 Mac 2020 Tokyo Toyosu PIT
22 Mac 2020

Jelajah utama sunting

  • WJSN 1st Mini Live "Would You Like?" 2019 Zepp Tour in Japan (2019)

WJSN 1st Mini Live "Would You Like?" 2019 Zepp Tour in Japan sunting

Tarikh[36][37] Bandar Negara Tempat
17 Ogos 2019 Tokyo Jepun Zepp DiverCity
24 Ogos 2019 Osaka Zepp Osaka Bayside
25 Ogos 2019 Nagoya Zepp Nagoya

Nota sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "씨스타 동생 걸그룹 나온다…韓中 합작 12인조 '우주소녀'". Tv Report (dalam bahasa Korea). December 4, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  2. ^ "Wonder Unit". Twitter. December 10, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada April 27, 2021. Dicapai pada June 24, 2018.
  3. ^ "Joy Unit". Twitter. December 17, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada June 24, 2018.
  4. ^ "Starship Entertainments New Group Cosmic-Girls Covers Mariah Careys All I Want for Christmas". Soompi. December 22, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  5. ^ "Sweet Unit". Twitter. December 24, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada June 12, 2019. Dicapai pada June 24, 2018.
  6. ^ "Natural Unit". Twitter. December 31, 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada June 24, 2018.
  7. ^ Seon, Mi-kyeong (2016-02-25). "우주소녀 "많은 일 겪으며 준비, 데뷔 상상도 못했다"". OSEN. Naver. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-05-03. Dicapai pada 2016-07-12.
  8. ^ "Cosmic Girls makes long-awaited debut". Yonhap News. 2016-02-25. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-04-06. Dicapai pada 2016-07-12.
  9. ^ Park, So-hyun (2016-05-30). "'엠카' 12인조 우주소녀 데뷔…스타쉽표 꽃밭 '발랄+엉뚱'". xsportsnews (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-08-19. Dicapai pada 2016-07-12.
  10. ^ Kim, Yu-young (2016-07-11). "I.O.I's Yu Yun-jung to join Cosmic Girls". KPOP Herald. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-10-06. Dicapai pada 2016-07-12.
  11. ^ "MonstaX, Cosmic Girls join hands in unit project 'Yteen'". Yonhap News. 2016-08-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-09-23. Dicapai pada 2016-08-05.
  12. ^ Lee, Ho-yeon (2016-07-28). "'유연정 합류' 우주소녀, 8월 컴백 카운트다운 "13개의 비밀"". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-01. Dicapai pada 2016-08-05.
  13. ^ Min, Susan (2017-01-04). "WJSN Makes Comeback with ′From. WJSN′". Mwave. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-01. Dicapai pada 2017-01-08.
  14. ^ "[신곡읽기] '꽃길' 찾는 우주소녀의 새로운 스토리텔링 'From.우주소녀'". Spotv News (dalam bahasa Korea). January 4, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  15. ^ ""신비롭고, 청순하다"…우주소녀, 뮤직비디오 공개". Naver (dalam bahasa Korea). January 4, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2021. Dicapai pada May 18, 2019.
  16. ^ a b "우주소녀 첫 콘서트 15분만에 전회 매진…우주의 기운 실감". Sports Donga (dalam bahasa Korea). April 12, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada April 14, 2017.
  17. ^ "Cosmic Girls to Hold First Solo Concert". Korea Herald. April 11, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2018. Dicapai pada September 8, 2018.
  18. ^ a b "[DA:콘서트] 우주소녀, 멤버수 만큼이나 다채로웠던 매력". Sports Donga (dalam bahasa Korea). May 22, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada April 14, 2021. Dicapai pada May 25, 2017.
  19. ^ "우주소녀, 첫 정규앨범 'HAPPY MOMENT' 발매직후 음반차트 1위". Naver (dalam bahasa Korea). June 8, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2018. Dicapai pada September 8, 2018.
  20. ^ "WJSN to return with wizardly 'Dream Your Dream' on Feb. 27". Kpop Herald. February 5, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada September 9, 2018. Dicapai pada September 8, 2018.
  21. ^ "Cosmic Girls (WJSN) hold a showcase for "Dream Your Dream"". Asia Today. February 27, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada September 8, 2018.
  22. ^ "K-pop act WJSN back with new EP". Yonhap. February 28, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  23. ^ "'우주미키' 베일 벗다…신곡 '짜릿하게' 공개('WJMK' Veil off.. New song 'Strong' released)". MBC News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-24. Dicapai pada 2018-06-02.
  24. ^ "우주소녀 측 "미기‧선의, 중국판 '프로듀스 101' 출연"". Slist News (dalam bahasa Korea). March 15, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  25. ^ "[단독] 우주소녀 선의·미기, 중국판 '프듀' 출격확정…"팀 활동 병행"". Osen (dalam bahasa Korea). March 15, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  26. ^ "[SC이슈]우주소녀 미기·선의, '창조101' 1-2위…'로켓소녀' 데뷔 확정". Sports Chosun (dalam bahasa Korea). June 24, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 23, 2020. Dicapai pada June 24, 2018.
  27. ^ "[차이나POP]우주소녀 미기·선의, 中프듀 '창조101' 1-2위‥데뷔 확정". Herald Pop (dalam bahasa Korea). June 24, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada June 24, 2018. Dicapai pada June 24, 2018.
  28. ^ "[인터뷰] 우주소녀 "눈물 흘린 팬들 '맴찢'…이번엔 꼭 1위로 보답"". Sports Donga (dalam bahasa Korea). September 19, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada September 20, 2018. Dicapai pada September 19, 2018.
  29. ^ "蝴蝶蓝《天醒之路》定本月开机 陈飞宇熊梓淇邓恩熙程潇确认出演_娱乐频道_东方头条". mini.eastday.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 2018-09-17.[pautan mati kekal]
  30. ^ "[종합] '더쇼' 우주소녀, '부탁해'로 공원소녀·드림캐쳐 누르고 1위". Xsportsnews (dalam bahasa Korea). October 2, 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada October 12, 2018. Dicapai pada October 11, 2018.
  31. ^ "WJSN, 1st win! THE SHOW CHOICE [THE SHOW 181002]". youtube.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-10-02. Dicapai pada 2018-10-02.
  32. ^ "WJSN sings about complications of love in 'La La Love'". The Korea Herald (dalam bahasa Korea). 2018-09-03. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-10. Dicapai pada 2019-01-10.
  33. ^ "Cosmic Girls explores intricacies of love in new album 'WJ Stay?'". The Korea Times US. 2019-01-09. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-10. Dicapai pada 2019-01-10.
  34. ^ a b "우주소녀, 3월 단독 콘서트 개최…업그레이드 매력 발산". Naver (dalam bahasa Korea). January 29, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2021. Dicapai pada January 30, 2019.
  35. ^ "우주소녀, 6월 4일 기습 컴백…청량한 커밍순 이미지 공개". Hankook Ilbo (dalam bahasa Korea). 2019-05-19. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-21. Dicapai pada 2019-06-07.
  36. ^ a b "WJSN to kick off Japan tour". The Korea Herald. 2019-06-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-03. Dicapai pada 2019-07-03.
  37. ^ a b ""글로벌 활동 시동"..우주소녀, 8월 첫 日 투어 개최 확정[공식]". OSEN (dalam bahasa Korea). 2019-06-29. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-03. Dicapai pada 2019-07-03.
  38. ^ "이창규 기자 - 우주소녀(WJSN), 11월 19일 컴백 확정…미니 7집 'As You Wish'로 5개월만 활동 재개". 톱스타뉴스 (dalam bahasa Korea). 2019-10-30. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-06-21. Dicapai pada 2019-10-30.
  39. ^ a b "우주소녀, 내년 2월 단독 콘서트 개최…'Obliviate' 티징 포스터 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada December 21, 2019. Dicapai pada December 21, 2019.
  40. ^ Yoon Sang-geun (May 11, 2020). "우주소녀, 6월 9일 '네버랜드' 컴백 확정[공식]" [Cosmic Girls, 'Neverland' comeback confirmed on June 9 [Official]]. Naver (dalam bahasa Korea). MT Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2021. Dicapai pada July 26, 2021.
  41. ^ "우주소녀, 데뷔 4년6개월만 첫 유닛 '쪼꼬미' 결성 "10월7일 출격"(공식)". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-01. Dicapai pada 2020-09-23.
  42. ^ "'인간 비타민' 수빈-루다-여름-다영, 우주소녀 첫 유닛 '쪼꼬미'로 대활약 예고". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-12. Dicapai pada 2020-09-26.
  43. ^ "우주소녀, 9개월만 미니앨범 '언내추럴' 컴백 확정[공식]". news.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-03-15. Dicapai pada 2021-03-15.
  44. ^ "우주소녀, 5월 12일 新 유닛'우주소녀 더 블랙' 출격 [공식]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-27. Dicapai pada 2021-04-27.
  45. ^ "우주소녀, 23일 신곡 '너의 세계로' 발매 [공식]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-09-13. Dicapai pada 2021-09-13.
  46. ^ "우주소녀 쪼꼬미, 1월5일 두번째 싱글 '슈퍼 그럼요' 컴백확정(공식)". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-20. Dicapai pada 2021-12-20.
  47. ^ a b Jeong, Hee-yeon (February 21, 2022). "'퀸덤2' 출연자 공개...브브걸-비비지-이달소-우소-효린-케플러" ['Queendom 2' cast revealed... Brave Girls - Viviz - Loona - WJSN - Hyorin - Kep1er] (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Diarkibkan daripada yang asal pada February 21, 2022. Dicapai pada February 21, 2022 – melalui Naver.
  48. ^ Han, Su-ji (March 31, 2022). "우주소녀 보나(김지연), '퀸덤2' 출연할까..."1·2차 무대 불참"" [Cosmic Girls' Bona (Kim Ji-yeon) will appear in 'Queendom 2'..."Not attending the 1st and 2nd stage"]. Top Star News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada April 2, 2022. Dicapai pada April 3, 2022.
  49. ^ Yoon, Seong-yeol (June 3, 2022). "우주소녀 '퀸덤2' 최종 우승 '감격의 눈물'..이달소 준우승 [★밤TV]" [Cosmic Girls 'Queendom 2' Final Winner 'Tears of Emotion'.. Loona Runner-up [★Night TV]] (dalam bahasa Korea). Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2022. Dicapai pada June 3, 2022 – melalui Naver.
  50. ^ Jeong, Bit (May 6, 2022). "[공식]우주소녀, 6월 단독콘서트 개최…3년 3개월 만의 오프라인 콘서트" [[Official] WJSN to hold a solo concert in June... Offline concert after 3 years and 3 months] (dalam bahasa Korea). Sports Chosun. Diarkibkan daripada yang asal pada May 6, 2022. Dicapai pada May 6, 2022 – melalui Naver.
  51. ^ Kim, Soo-jin (June 3, 2022). "'띵곡 부자' 우주소녀, '썸머 퀸'도전..7월 5일 기습 컴백" ['Great songs rich' Cosmic Girls, 'Summer Queen' challenge... surprise comeback on July 5th] (dalam bahasa Korea). Star News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 3, 2022. Dicapai pada June 3, 2022 – melalui Naver.
  52. ^ Jung, Hye-won (November 18, 2022). "Cosmic Girls to hold a fan concert in January next year... Various events→'Come Noonmyeong' special stage". Sport TV News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada November 20, 2022. Dicapai pada November 20, 2022.
  53. ^ Park, Sang-hoo (March 3, 2023). "[단독]우주소녀, 루다·다원·중국 멤버 3인 제외 8명 재계약" [[Exclusive] WJSN, 8 contract renewals except for Luda, Dawon, and 3 Chinese members] (dalam bahasa Korea). JTBC. Dicapai pada March 3, 2023 – melalui Naver.
  54. ^ Sung, Min-Joo (March 13, 2023). "수빈 "우주소녀는 10명"...계약종료 루다·다원은?" [Subin "There are 10 Cosmic Girls"... What about Luda and Dawon?]. Naver (dalam bahasa Korea). TV Report. Dicapai pada March 14, 2023.
  55. ^ "첫 리얼리티 Mnet '우주 LIKE 소녀'!". News Fact (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2020. Dicapai pada May 26, 2016.
  56. ^ "우주소녀X오세득, MBC 설 파일럿 '발칙한 동거' 출연". Xports News (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada July 3, 2020. Dicapai pada January 13, 2017.
  57. ^ "[단독] 우주소녀, 데뷔후 첫 완전체 리얼리티 '우주소녀TV' 론칭". Naver (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada October 11, 2017. Dicapai pada October 11, 2017.
  58. ^ Jang, Jin-ri (June 20, 2022). "우주소녀, 유니버스 신규 예능 'TMT 우주소녀' 론칭…'웃수저 그룹' 출격" [Cosmic Girls, Universe's new entertainment 'TMT Cosmic Girls' launch... 'Ugly Boy Group' sortie] (dalam bahasa Korea). Spot TV News. Diarkibkan daripada yang asal pada June 20, 2022. Dicapai pada June 20, 2022 – melalui Naver.
  59. ^ "우주소녀, 두번째 단독콘서트 성료.."3년 성장 빛난 180분"". Naver (dalam bahasa Korea). March 4, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada July 29, 2021. Dicapai pada March 7, 2019.
  60. ^ "【WJSN】日本初の単独コンサート「2020 WJSN CONCERT "OBLIVIATE" IN JAPAN」開催!!". KISS Entertainment Inc. (dalam bahasa Jepun). December 27, 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-27. Dicapai pada 2020-01-09.

Pautan luar sunting