Cyril Ramaphosa (lahir Matamela Cyril Ramaphosa pada 17 November 1952 di Johannesburg, Afrika Selatan) adalah Presiden Afrika Selatan kelima dan terkini sejak peralihan demokrasi negara tersebut pada tahun 1994. Beliau menggantikan Jacob Zuma selepas peletakan jawatannya,[1] berikutan undi Dewan Negara pada 15 Februari 2018.[2]

Yang Terutama (His Excellency)

Matamela Cyril Ramaphosa
Presiden Afrika Selatan ke-5
Memegang jawatan
15 Februari 2018
TimbalanDavid Mabuza
Didahului olehJacob Zuma
Presiden Kongres Kebangsaan Afrika
Memegang jawatan
18 Disember 2017
TimbalanDavid Mabuza
Didahului olehJacob Zuma
Naib Presiden Afrika Selatan
Dalam jawatan
26 Mei 2014 – 15 Februari 2018
PresidenJacob Zuma
Didahului olehKgalema Motlanthe
Digantikan olehDavid Mabuza
Naib Presiden Kongres Kebangsaan Afrika
Dalam jawatan
18 Disember 2012 – 18 Disember 2017
PresidenJacob Zuma
Didahului olehKgalema Motlanthe
Digantikan olehDavid Mabuza
Setiausaha Agung Kongres Kebangsaan Afrika
Dalam jawatan
1 Mac 1991 – 18 Disember 1997
PresidenNelson Mandela
Didahului olehAlfred Baphethuxolo Nzo
Digantikan olehKgalema Motlanthe
Butiran peribadi
LahirMatamela Cyril Ramaphosa
(1952-11-17) 17 November 1952 (umur 71)
Soweto, Kesatuan Afrika Selatan
Parti politikKongres Kebangsaan Afrika
PasanganTshepo Motsepe
Anak-anak4
Alma materUniversiti Limpopo
Universiti Afrika Selatan

Ringkasan kerjaya sunting

Beliau sebelum ini pernah menjadi aktivis anti-apartheid, pemimpin kesatuan perdagangan dan ahli perniagaan; dan beliau berkhidmat sebagai Naib Presiden Afrika Selatan dari 2014 sehingga pelantikannya sebagai Presiden pada 2018.[3] Beliau telah dipilih mengetuai Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) di Persidangan Negara parti tersebut di Nasrec, selatan Johannesburg pada bulan Disember 2017. Beliau juga mengetuai Suruhanjaya Perancangan Negara (National Planning Commission)[4] yang bertanggungjawab atas perancangan strategik masa depan negara tersebut, dengan tujuan menyatukan rakyat Afrika Selatan "ke arah satu set objektif dan keutamaan yang sama untuk mendorong pembangunan dalam suatu jangka yang panjang".[5]

Beliau dianggap sebagai seorang perunding[6] dan pakar strategi[7] yang mahir sehingga dilantik sebagai Ketua Perunding parti ANC semasa peralihan demokrasi Afrika Selatan.[8] Ramaphosa turut menubuhkan Kesatuan Pelombong Negara (National Union of Mineworkers, NUM) iaitu kesatuan terbesar dan paling kuat di negara itu.[9] Beliau memainkan peranan penting bersama Roelf Meyer dari Parti Kebangsaan merunding mengakhiri pemerintahan apartheid dengan aman seterusnya mengemudi Afrika Selatan ke arah pilihan raya demokratik sepenuhnya yang pertama pada bulan April tahun 1994.[10] Beliau menjadi pilihan Nelson Mandela sebagai pengganti untuk jawatan presiden itu.[11] Ramaphosa terkenal sebagai seorang ahli perniagaan dan dianggarkan bernilai bersih sebanyak lebih R6.4 juta (550 juta dolar A.S) setakat 2018,[12] dengan 31 hartanah[13] dan pemilikan terdahulu di syarikat-syarikat seperti McDonald cawangan Afrika Selatan, pengerusi lembaga MTN dan ahli lembaga Lonmin.

Kedudukan antarabangsa sunting

Dalam peranannya sebagai seorang ahli perniagaan, beliau merupakan ahli Lembaga Penasihat Antarabangsa Syarikat Coca-Cola serta Majlis Penasihat Afrika Unilever. Beliau juga timbalan pengerusi Majlis Perniagaan Komanwel yang pertama.

Ramaphosa dilantik bersama bekas presiden Finland, Martti Ahtisaari, sebagai pemeriksa tempat pembuangan senjata Tentera Republikan Ireland di Ireland Utara ketika berlakunya konflik politik di tempat tersebut.  Beliau juga merupakan jeneral konsul terhormat ke Iceland di Johannesburg, Afrika Selatan.

Rujukan sunting

  1. ^ "Ramaphosa now acting president after Zuma's resignation". Times Live. 15 Februari 2018. Dicapai pada 15 Februari 2018. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ "Cyril Ramaphosa fulfils Acting President role". South African Government News Agency. 15 Februari 2018.
  3. ^ Ferreira, Emsie (25 Mei 2014). "Few surprises in Zuma's new Cabinet". News24. SAPA. Dicapai pada 25 Mei 2014.[pautan mati kekal]
  4. ^ "NPC Commissioners". National Planning Commission. 4 Februari 2015. Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  5. ^ "National Planning Commission". National Planning Commission. Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  6. ^ Mtimka, Ongama. "Ramaphosa has what it takes to fix South Africa's ailing ANC. But ..." The Conversation. Dicapai pada 12 August 2017.
  7. ^ "How Cyril Ramaphosa and Roelf Meyer joined forces to bring democracy to SA". 702. Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  8. ^ "Ramaphosa has what it takes to fix South Africa's ailing ANC. But …". Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  9. ^ S., Saul, John. South Africa – the present as history : from Mrs. Ples to Mandela & Marikana. Woodbridge, Suffolk. ISBN 9781847010926. OCLC 872681428.
  10. ^ tinashe (30 Jun 2011). "Negotiations and the transition". South African History Online. Dicapai pada 12 Ogos 2017.
  11. ^ "Cyril Ramaphosa: the return of Nelson Mandela's chosen one". The Guardian.
  12. ^ "Here are the 20 richest people in South Africa". BusinessTech. Dicapai pada 17 February 2018.
  13. ^ "Ramaphosa declares ownership of 31 properties". Dicapai pada 12 August 2017.

Pautan luar sunting