Daerah Nishitama, Tokyo

Daerah Nishitama (Bahasa Jepun: 西多摩郡, Nishitama-gun) adalah sebuah daerah yang terletak di Wilayah Tokyo, Jepun. Ia terdiri daripada tiga bandar dan sebuah kampung berikut:

Nishitama

西多摩郡
Daerah Nishitama
Terletak di kawasan-kawasan berwarna hijau
Terletak di kawasan-kawasan berwarna hijau
Koordinat: 35°45′N 139°20′E / 35.750°N 139.333°E / 35.750; 139.333Koordinat: 35°45′N 139°20′E / 35.750°N 139.333°E / 35.750; 139.333
Populasi
 (1 Ogos 2011)
58,429
Laman webwww.nishitama-kouiki.jp

Dari segi sejarah, bandar-bandar seperti Ōme, Fussa, Hamura, dan Akiruno adalah sebahagian daripada Daerah Nishitama tetapi kini telah dipecahkan dari daerah selepas mereka dinaikkan ke status bandar.

PendidikanSunting

Setiap bandar dan kampung mempunyai sistem pendidikan awam dan sekolah menengah rendah yang berasingan.

Lembaga Pendidikan Kerajaan Metropolitan Tokyo mengendalikan Sekolah Menengah Mizuho Nougei[1] di Mizuho.

Daerah sekolah juga mengendalikan sekolah-sekolah berikut di dekatnya Ōme:

  • Sekolah Menengah Norin[2]
  • Sekolah Menengah Ome Sogo[3]
  • Sekolah Menengah Tama[4]

Sekolah Menengah di daerah Fussa pula adalah:

  • Sekolah Menengah Fussa[5]
  • Sekolah Menengah Teknikal Tama[6]

Sekolah Menengah di Hamura pula adalah:

  • Sekolah Menengah Hamura[7] in Hamura.

Sekolah Menengah di daerah Akiruno pula adalah:

  • Sekolah Menengah Akirudai[8]
  • Sekolah Menengah Itsukaichi[9]

Garis masa sejarah daerahSunting

  • 22 Julai 1878: Daerah Tama, yang telah lama menjadi sebahagian daripada bekas Wilayah Musashi, dibahagikan kepada empat bahagian: Higashitama (Tama Timur), Kitatama (Tama Utara), Minamitama (Tama Selatan) dan Nishitama (Barat Tama). Daerah Nishitama mempunyai 1 pekan dan 93 kawasan kampung.
  • 1 April 1889: Perundangan baru, Nishitama mempunyai 2 pekan dan 30 kawasan kampung.
  • 1 April 1893: Daerah Nishitama dipindahkan dari Wilayah Kanagawa ke Wilayah Tokyo.
  • 1 Jun 1955: Kampung Ohisano dan Hirai digabungkan untuk mewujudkan kampung baru Hinode.
  • 1 Oktober 1956: Kampung Nishitama dinaikkan kepada status pekan dan dinamakan semula kepada Hamura.
  • 15 Oktober 1958: Bahagian kampung Motosayama (dari Daerah Iruma, Wilayah Saitama), tidak termasuk bahagian-bahagian yang disatukan ke bandar Musashi (dari Daerah Iruma) pada 14 Oktober 1958, telah bergabung ke dalam bandar Mizuho.
  • 1 Julai 1970: Pekan Fussa dinaikkan kepada status bandar.
  • 5 Mei 1972: Pekan Akita dinakkan ke status bandar dan dinamakan semula kepada Akigawa.
  • 1 Jun 1974: Kampung Hinode dinaikkan ke bandar.
  • 1 November 1991: Pekan Hamura dinaikkan kepada status bandar.
  • 1 September 1995: Pekan Itsukaichi telah digabungkan dengan bandar Akigawa untuk mencipta bandar Akiruno.

RujukanSunting

  1. ^ http://www.mizuho-h.metro.tokyo.jp/
  2. ^ "Salinan yang diarkibkan". Diarkib daripada yang asal pada 2008-02-22. Dicapai pada 2008-02-11.
  3. ^ http://www.ome-sogo-h.metro.tokyo.jp/
  4. ^ http://www.tama-h.metro.tokyo.jp/
  5. ^ http://www.fussa-h.metro.tokyo.jp/
  6. ^ http://www.tamakogyo-h.metro.tokyo.jp/
  7. ^ http://www.hamura-h.metro.tokyo.jp/
  8. ^ http://www.akiru-h.metro.tokyo.jp/
  9. ^ http://www.itsukaichi-h.metro.tokyo.jp/

Pautan luarSunting

Laman rasmi Daerah Nishitama (dalam Bahasa Jepun)