Dai Weijun (Cina ringkas: 戴伟浚Cina tradisional: 戴偉浚pinyin: Dài WěijùnYale Kantonis: Daai Wáihjeun; lahir 25 Julai 1999), lebih dikenali sebagai Dai Wai Tsun atau Tsun Dai oleh media-media Hong Kong dan United Kingdom, ialah pemain bola sepak profesional China kelahiran Hong Kong yang bermain sebagai pemain tengah bagi kelab Liga Super China Shanghai Shenhua dan pasukan kebangsaan China.

Dai Weijun
Maklumat peribadi
Nama penuh Dai Weijun
Nama lahir Dai Wai Tsun
Tarikh lahir (1999-07-25) 25 Julai 1999 (umur 24)
Tempat lahir Hong Kong
Ketinggian 175 cm (5 ka 9 in)
Posisi permainan Tengah pusat, Sayap serang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Shanghai Shenhua
Nombor 9
Kerjaya remaja
2007–2009 Eastern
2009–2012 Kitchee
2012–2016 Reading
2016–2017 Bury
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2017–2018 Bury 8 (0)
2018–2019 Oxford United 0 (0)
2019Jong Utrecht (pinjaman) 12 (0)
2019–2020 Wolverhampton Wanderers 0 (0)
2020–2023 Shenzhen F.C. 56 (6)
2023– Shanghai Shenhua 2 (0)
Pasukan kebangsaan
2012–2013 Hong Kong B-15
2018 China B-20
2022– China 12 (0)

Dai Wai Tsun
Cina Tradisional: 戴偉浚
Cina Ringkas: 戴伟浚
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 7 July 2023
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 6 Januari 2024

Kehidupan Awal sunting

Dai dilahirkan di Hong Kong dan sejak masih kecil ingin menapaki kerjaya Ayahnya yang dahulu pernah bermain bagi pasukan belia Hong Kong. Dia telah bermain sukan itu di usianya yang ke-4, kemudian ayahnya memasukan anaknya ke registrasi Eastern belia untuk mendapat peluang kerjaya antarabangsa. Dai pun mula menyertai akademi Barcelona Hong Kong dan berlatih dengan rakan kelahiran 2000.

Pada mulanya, dia bermain di barisan tengah pertahanan dan sering menjadi lampu limpah jurulatihnya. Semasa kecilnya, Dai sering ditunjuk sebagai kapten atau naib kapten kerana bakat kepimpinannya yang tampak ketika di padang. Dia juga telah menyertai latihan sukan di akademi Barcelona Sepanyol dan Poland, sokongan daripada kedua orang tuanya semenjak awal ialah kunci keberhasilan dirinya bila dibandingkan dengan rakan-rakannya.

Beberapa musim selepasnya, Dai yang telah menapaki usia remaja bermastautin di England agar mendapat peluang kerjaya bola sepak yang lebih baik,[1] ia menyertai kelab belia Reading dan meregistrasi ke Sekolah Hall Grove dan meneruskan pendidikan tinggi di Kolej Bradfield, Dai ialah salah satu daripada alumni yang paling terkenal.

Jurulatih pasukan belia Hong Kong telah beberapa kali menjemputnya untuk menyertai skuad semasa ketika bermastautin di sana, dan Dai sudah berpengalaman mengikuti kejohanan serantau pada taraf junior.[2]

Kehidupan Peribadi sunting

Ayah Dai ialah seorang pengagum berat bola sepak dan di masa remajanya telah bermain bagi pasukan belia Hong Kong. Beliau meluangkan masa menyokong anaknya dari kerusi penyokong pada hampir semua perlawanan. Ibundanya, yang bekerja di Hong Kong, juga menemani suami dan anaknya meski beberapa bulan sekali sahaja. Pada acara wawancaranya, Dai mengingat-ingat dengan gembira masa kecilnya dahulu dan berkata bahawa, andai dia boleh sekali lagi kembali ke Hong Kong, dia hanya akan menyertai Eastern.[3]

Dai ialah seorang yang mampu bercakap dalam pelbagai bahasa. Dia fasih berbicara dan telah berwawancara dengan khalayak pers dalam ketiga-tiga bahasa yaitu Kantonis, Mandarin, dan Inggeris.[4][5][6]

Rujukan sunting

  1. ^ 【港人踢英甲】港版足球小將月薪八千 戴偉浚誓圓父子英超夢 蘋果日報 18 June 2017 (in Chinese)
  2. ^ 港產足球小將戴偉浚獲英甲貝利職業合約 Upower 18 June 2017 (in Chinese)
  3. ^ "戴偉浚 之 低調外流". Fanpiece. Dicapai pada 16 July 2017. (dalam bahasa Bahasa Cina)
  4. ^ 戴偉浚再談因傷拒港徵召:「中國足協早已派人到英國考察我。」 (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-03-29
  5. ^ Youth: Tsun Dai (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-03-29
  6. ^ 戴偉浚回應會否拿中國護照加入中國隊:「不回答, 香港人現在不太高興。」 (dalam bahasa Inggeris), dicapai pada 2021-03-29