Dangun
Dangun (단군 ; 檀君 ) atau Dangun Wanggeom (단군왕검 ; 檀君王儉 ) ialah tokoh yang dipercayai mengasaskan Gojoseon, kerajaan pertama bangsa Korea tidak sahaja merangkumi Semenanjung Korea tetapi juga Liaoning dan Manchuria[1] pada tahun 2333 SM.
Dangun | |
---|---|
Nama Korea | |
Hangul | 단군왕검 |
Hanja | 檀君王儉 |
Perumian Semakan | Dangun Wanggeom |
McCune–Reischauer | Tan'gun Wanggŏm |
Kedua-dua negara Korea Utara dan Korea Selatan meraikan baginda sebagai pengasas bangsa mereka lagi-lagi yang menganut agama Daejong dalam upacara "Hari Buka Langit" yang jatuh pada 3 Oktober.
Penceritaan
suntingAsal-usul
suntingDangun dipercayai muncul hasil keturunan si tua langit Hwanin (환인/桓因 ) yang mempunyai seorang putera bernama Hwanung (환웅/ Hanja: 桓雄). Hwanung beringin mahu turun hidup di lembah gunung bumi, maka Hwanin membenarkannya membawakan 3,000 pengikutnya turun di Gunung Baekdu. Di sanalah Hwanung menubuhkan suatu "kota dewata" (신시/ Hanja: 神市) didatangkan umat manusia di mana mereka diajarkan segala ilmu bekerja, bertukang, bertani dan berubat darinya.[2]
Seekor harimau dan seekor beruang yang mengetahui kehebatan Hwanung mula berjumpa dengan Hwanung memohon agar ditukarkan menjadi manusia. Hwanung mengurniakan kepada kedua-dua mereka 20 ulas bawang putih dan segenggam ssuk untuk dimakan sambil berkurung luar matahari selama 100 hari; kedua-dua mereka menerima cabaran ini, tetapi sang harimau mengalah selepas 20 hari manakala sang beruang menjelma menjadi seorang wanita bernama Ungnyeo (웅녀/ Hanja: 熊女 ) - harimau dan beruang ini dipercayai mengias kepada dua puak utama yang cuba meraih sokongan putera itu.[3]
Ungnyeo bersedih kerana tiada pasangan, maka dia membuat sembahan di bawah suatu pokok betula suci (Hangul: 신단수 ; Hanja: 神檀樹 ; RR: shindansu) agar diberikan seorang anak. Hwanung yang terkesan dengan perubatannya berasa kasihan lalu beristeri dengan Ungnyeo, anak merekalah yang lahir menjadi Dangun Wanggeom.[4]
Pemerintahan
suntingSelepas Dangun menjadi raja, baginda membina suatu kota berkubu Asadal dipercayai berdekatan Pyongyang sambil kerajaannya diberi nama Joseon (조선, Hanja: 朝鮮)— kerajaan purba itu kini dinamakan sebagai Gojoseon (고조선, Hanja: 古朝鮮, "Joseon Lama") agar dibezakan dengan kerajaan Joseon (조선, Hanja: 朝鮮) yang tertubuh berkurun-kurun kemudian. Baginda kemudiannya memindahkan kotanya ke Gunung Paegak atau Gunung Gunghol.[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Yukhoon, Kim (2007). Korean History for International Citizens (dalam bahasa Inggeris). Northeast Asian History Foundation, Seoul, Republic of Korea. m/s. 8–11. ISBN 978-89-91448-90-2.
- ^ The Story of Dan-gun Diarkibkan 3 September 2011 di Wayback Machine
- ^ http://www.san-shin.org/Dan-gun_Myth.html
- ^ Tudor, Daniel (2013). Korea: The Impossible Country: The Impossible Country. Tuttle Publishing. m/s. [1]. ISBN 978-1462910229.
- ^ Tudor, Daniel (2013). Korea: The Impossible Country: The Impossible Country. Tuttle Publishing. m/s. [2]. ISBN 978-1462910229.
Pautan luar
sunting- The Legend of Tan-Gun
- Myth of Korea: Tangun
- Korean Myths and Tales Diarkibkan 2012-02-07 di Wayback Machine
- The T'angun Legend
- Korean Tales in French Diarkibkan 2008-02-25 di Wayback Machine
Didahului oleh tiada |
Maharaja Gojoseon 2333 SM – 2240 SM |
Diikuti oleh: Dangun Buru |
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.