Bawang putih (Jawi: باوڠ ڤوتيه; nama botani Allium sativum) merupakan sejenis tumbuhan dari genus bawang sama seperti bawang besar, bawang merah, bawang perai, dan kucai. Bawang putih telah ditanam dan digunakan oleh manusia sejak beribu tahun dahulu dalam perubatan dan masakan. [1]Bawang putih mempunyai daun yang panjang dan bebawang yang berada dalam tanah yang cetek. Berbeza dengan bawang besar yang mempunyai sebiji bebawang, bawang putih dibentuk dari beberapa ulas bebawang yang membentuk sebiji bawang.

Bawang putih
باواڠ ڤوتيه
Bawang putih
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Allioideae
Tribus:
Allieae
Genus:
Spesies:
A. sativum
Nama binomial
Allium sativum

Bawang putih dipercayai berasal dari tengah pergunungan Asia iaitu di Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan.[2] Ia berasal dari tumbuhan liar yang kemudiannya dibiakbakakan.

Belum ada maklumat mengenai tanaman bawang putih dibuat di Malaysia kerana tanaman ini kurang sesuai di Malaysia yang mempunyai iklim lembab dan banyak hujan memudahkan serangan penyakit bawang putih. Negara pengeluar utama bawang putih didunia ialah China dengan 10.5 juta metrik tan setahun atau kira-kira 77% penghasilan dunia. Ini diikuti dengan India (4%), Korea (2%), Rusia (1.6%) dan Amerika Syarikat (1.4%). Malaysia merupakan negara pengimpot bersih utama bawang putih.

Ciri-ciri morfologi sunting

 
Keratan rentas seulas bawang putih.

Bawang putih ialah tanaman semusim yang mempunyai ciri-ciri morfologi sama seperti sayuran Allium yang lain iaitu mempunyai bebawang, daun terubah, berakar cetek, dan mengeluarkan bau yang kurang enak.

 
Lukisan botani bawang putih (Allium sativum Woodwill) (1793).

Asal perkataan sunting

"Sativum" dalam nama botani untuk bawang putih bermaksud ditanam, selari dengan fakta bahawa "A. sativum" liar tidak diketahui asalnya. Nama kuno bawang putih oleh orang Mesir purba ialah khidjana. Bawang putih digelar skórodon dalam bahasa Greek lama, shûm dalam bahasa Hebrew, ajo dalam bahasa Sepanyol, ail dalam bahasa Perancis, aglio dalam bahasa Itali, Knoblauch dalam bahasa Jerman dan suàn(蒜) dalam bahasa Cina. Penggunaan satu suku kata sahaja dalam bahasa Cina iaitu suan menunjukan betapa lamanya bawang putih itu telah digunakan di China.[3]

Sub-kumpulan sunting

Bawang putih boleh dibahagikan lagi kepada lima sub-kumpulan iaitu:

  1. Sativum
  2. Ophioscorodon
  3. Longicuspis
  4. Subtropika
  5. Pekinense

Khasiat sunting

Bawang Putih digunakan dalam bentuk segar (Untuk masakan dan perubaatan), dikeringkan dan juga diproses dalam bentuk serbuk . Penyimpanan yang sempurna membolehkan bawang putih tahan lama sehinga beberapa bulan. Di Malaysia semua bangsa menggunakan bawang putih dalam masakan harian terutamanya masyarakat Cina dan menjadi satu kemestian.

Khasiat bawang putih memang diketahui sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana membantu dalam membunuh parasit, membantu dalam sistem pernafasan, membaiki sistem penghadaman dan kandungan tenaga yang rendah. Ia telah digunakan semenjak 510 SM di China sebagai tumbuhan untuk kesihatan manusia. Kajian saintis menunjukkan setiap 100 gram bawang putih mengandungi 623 kJ kalori, karbohidrat (33 g), gula (1 g), serat (2.1 g), lemak (0.5 g), protein (6.39 g), beta karotin ( 5 microgram), thiamine (vitamin B1) (0.2 microgram), riboflavin (vitamin B2) (0.11 microgram), niacin (0.7 mucrogram), asid panthitenik (0.59 microgram), Vitamin B6 (1.2535 micragram), folate (3 microgram), vitamin C (31.2 mg), kalsium (181 mg), zat besi (1.7 mg), magnesium (25 mg), fosforus (153 mg), kalium (401 mg), natrium (17 mg) dan zink (1.16 mg). Kandungan zat lain ialah seperti mangan (1.672 mg) dan selenium (14 micrograms). Kandungan nutrien ini memberikan bawang putih sebagai sumber mineral utama untuk kesihatan manusia.[perlu rujukan]

Selain berfungsi sebagai anti bakteria, bawang putih didapati sangat baik untuk mengelakkan penyakit serangan jantung, mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengelakkan penyakit barah. Menjadi satu budaya di Korea dimana orang tua-tua memakan bawang putih mentah di kebun dan kuil. Kajian saintis juga mendapati bawang putih mampu mengurangkan penyumbatan kolesterol pada dinding salur darah dalam kardiovaskular manusia. Kajian lain menyatakan ianya dapat mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengurangkan batuk.[perlu rujukan]

Bawang putih digunakan sebagai perencah yang digunakan hampir dalam setiap makanan dan masakan Malaysia. Sebelum diguna sebagai ramuan, bawang putih dihancurkan dengan ditekan dengan sisi pisau (dikeprek) sebelum dihiris halus dan ditumis dengan sedikit minyak goreng. Bawang putih boleh juga ditumbuk dengan pelbagai jenis bahan ramuan yang lain.

Bawang putih mempunyai khasiat sebagai antibiotik semula jadi dalam tubuh manusia.

Sayuran ini juga dapat menghindarkan seseorang daripada diserang barah kerana kandungan mineralnya menghalang pertumbuhan ketumbuhandalam badan.Selain itu, bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat, kuman yang menyebabkan jerawat tersebut dapat dibunuh dengan menumbuk bawang putih lalu menepeknya di bahagian yang berjerawat.

Penanaman sunting

 
Gambaran pelukis: Petani menuai tanaman bawang putih.

Bawang putih ditanam sepanjang tahun sama ada musim bunga, musim panas, musim luruh dan juga musim sejuk. Benih yang telah dipilih dimasukkan 2-3 inci (1 cm) di dalam tanah atas batas dengan jarak tanaman 0.30 meter x 0.40 meter. Tidak banyak serangan serangga perosak dan penyakit tanaman bawang putih kecuali serangan cacing nematod dan penyakit akar putih. Serangga lain ialah kutu trip dan hamama. Kawalan menggunakan minyak putih lebih berkesan. Tanaman bawang putih memerlukan baja organik yang banyak.

Terdapat 2 jenis bawang putih yang popular di Korea iaitu varieti bawang putih tangkai keras dan tangkai lembut. Jenis tangkai keras sesuai ditanam pada musim sejuk manakala jenis tangkai lembut sesuai ditanam pada musim panas dan kawasan yang berhampiran dengan khatulistiwa. Bawang putih mengeluarkan bau yang kuat ketika dimasak dan memberikan rasa yang enak dalam masakan.

Penuaian sunting

 
Bawang putih yang telah dituai dijemur sebelum disimpan untuk kegunaan lain.

Penuaian dijalankan apabila daun mulai kering dan dicabut menggunakan tangan. Tanah yang tertinggal pada akar dibuang dengan tangan dan kemudian setiap rumpun diikat untuk dijemur. Bawang putih akan dibuat penggredan dengan 10 kg seikat mengikut saiz iaitu kecil, sederhana dan besar. Anggaran hasil bawang putih ialah antara 6 – 8 metrik tan satu hektar.

Penyimpanan bawang putih sangat penting untuk memastikan bawang berada dalam keadaan rehat (dorman) untuk suatu tempoh tertentu dengan suhu lebih dari 18 °C (64 °F) dan di kawasan yang berkelembapan udara rendah. Pada masa biasa (musim panas) bawang putih digantung di tepi atap atau rumah petani di Korea secara tradisional. Bawang putih tidak sesuai disimpan di dalam peti sejuk kerana kelembapan udara yang tinggi boleh mempercepatkan penguraian bawang putih oleh bakteria dan bawang menjadi rosak.

Bacaan lanjut sunting

  • (Inggeris) Eric, B. (2010). Garlic and Other Alliums: The Lore and the Science. United Kingdom: RSC Publishing

Rujukan sunting

  1. ^ Traditional Malay Medicinal Plants, By Muhamad Zakaria & Mustafa Ali Mohd
  2. ^ (Inggeris) Brewster, J.L. (2008). Onions and other Vegetable Alliums. 2nd edition. Wallingford: CABI Publication.
  3. ^ (Inggeris) Kiple, K.F. and K.C. Ornelas. (2000). The Cambridge World History of Food. UK: Cambridge University Press.

Lihat juga sunting