Dato' Seri Nara Wangsa

Dato' Nara Wangsa atau Dato' Seri Nara Wangsa (lebih kanan atau tinggi) ialah suatu gelaran Dato' anugerah negeri Terengganu. (Jika dianugerahkan ke atas seorang Tengku, menjadi Tengku Nara Wangsa, dan ke atas Syed, menjadi Engku Nara Wangsa).

Mula-mula dipakai oleh Orang Kaya Seri Nara Wangsa, anak kepada Tun Abwan ('Bendahara di Hulu Sungai') dan cucu kepada Tun Zain Indera. Anaknya Buang dijemput oleh Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu pertama, ke Terengganu untuk menjadi menterinya.

Anak kepada Buang, iaitu 'Ali, kemudian digelar Dato' Panglima Seri Nara Wangsa dan menjadi menteri kepada Sultan Mansur I. Anaknya, Dato' Soleh, yang menjadi menteri kepada Sultan Zainal Abidin II, mewarisi gelar Dato' Nara Wangsa. Seterusnya, anaknya pula, Dato' Musa, menteri kepada Sultan Ahmad I, digelar Dato' Seri Nara Wangsa. Beliau merupakan Dato' Mata-mata pertama Terengganu, dan menjadi pemilik Kampung Keling.

Kemudiannya, Dato' Seri Nara Wangsa ditanggung oleh dua anak Dato' Musa, iaitu Dato' Mata-mata Dato' Muhammad (menteri kepada Sultan Omar) dan Dato' Mata-mata Dato' Abdul Rahim, dan anak Dato' Abdul Rahim iaitu Dato' Mata-mata Muhammad Ali. Anak Dato' Muhammad, Dato' Mata-mata dan menteri kepada Sultan Zainal Abidin III, iaitu Yunus, juga digelar Dato' Nara Wangsa. Walau bagaimanapun, anak beliau pula, Abdul Ghani, telah menolak gelaran tersebut.

Rujukan sunting