Buka menu utama

Daya elektromagnet ialah sebuah daya yang terhasil oleh medan elektromagnet terhadap zarah-zarah pembawa elektrik. Daya elektromagnet berfungsi melalui pertukaran zarah-zarah penghantar yang disebut foton dan foton virtual.

Daya ini memastikan elektron dan proton dalam sesuatu atom berada pada kedudukannya serta menetapkan kedudukan atom-atom dalam suatu molekul. Daya ini merupakan salah satu daripada empat daya asas dalam fizik, selain daripada daya graviti, daya-daya nukelus lemah dan nukelus kuat.