Deera Lee

Penyanyi dan penulis lagu Malaysia

Nur Nadhirah binti Mohd Nazali (lahir 30 Mac 1996) atau nama komersialnya Deera Lee merupakan seorang penulis lagu dan penyanyi baru Malaysia dibawah naungan Fusion Records MY. Menulis lagu sejak muda, beliau merupakan rakan pengasas bersama Zul Norizan dalam penubuhan Fusion Records MY[1]

Deera Lee
Latar belakang
Nama asalNur Nadhirah binti Mohd Nazali
Juga dikenali sebagai
Deera Lee
Kelahiran30 Mac 1996
Berasal dariMeru, Selangor
GenrePop Melayu, Pop, Balada
PekerjaanPenyanyi, Penulis Lirik, Komposer
InstrumenGitar, Vokal
Syarikat rakaman
Fusion Records MY
Pengkarya berkait
Zul Norizan, Achah Saputra, Mina Amira
PendidikanIjazah Sarjana Muda dalam Reka Bentuk Grafik
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA

Kehidupan Peribadi sunting

Mula menulis lagu sejak 2011, Deera menunjukkan minatnya dalam muzik tidak seperti pemuzik yang lain. Kebanyakkan pemuzik memulakan karier muzik mereka dengan menyanyikan lagu saduran artis ternama yang lain tetapi Deera bermula menyanyi dengan lagu karyanya sendiri.

Beliau merakam lagu nukilannya sendiri dan memuat naik ke laman YouTube untuk dikongsi dan dijadikan portfolionya. Tidak lama kemudian beliau berkenalan dengan Zul Norizan pada tahun 2014 dimana perkenalan tersebut membuka peluang lebih besar mereka dalam bidang muzik, dan akhirnya kearah penubuhan Fusion Records MY.

Beliau berkelulusan Diploma Reka Bentuk Grafik & Media Digital dari Universiti Teknologi MARA dan Sarjana Muda dalam Reka Bentuk Grafik dari universiti yang sama, Deera juga berkebolehan dalam bidang reka grafik.

Deera juga bekerja di sebuah syarikat animasi Blindspot Studio dan melakonkan watak suara bagi animasi Alif Sofia[2].

Diskografi sebagai Penyanyi sunting

Sehingga kini, Deera telah mengeluarkan beberapa single, sendiri dan juga bersama beberapa artis Fusion Records MY yang lain.

Tahun Tajuk Artis Bersama
2019 Satu Hati Malaysia Achah Saputra, Cempaka Sari, Shauqi Ashad
2020 Nadi Malaysia NUiM, Aiman Azizul, Sophiarazk
2021 Aura tiada
Kita Araa Zahaz, Hani Nosha

Diskografi sebagai Penulis sunting

Lagu hasil penulisan Deera pernah mewarnai beberapa drama dan rancangan TV di Malaysia seperti "Masih" oleh Aiman Shakimi menjadi lagu tema "Sehelai Selendang Putih"[3] di TV3, dan "Aura" oleh dua versi NUiM dan Deera Lee pernah menjadi lagu tema bagi siri pendek RTM "A.I In Love"[4]

Tahun Tajuk Artis Kredit
2018 Kawanku Nur Nilam Sari Komposer
2019 Masih Aiman Shakimi Lirik, Komposer
2020 Satu Persatu Nur Nilam Sari Komposer
Nadi Malaysia Deera Lee, NUiM, Aiman Azizul, Sophiarazk Lirik, Komposer
2021 Aura NUiM Lirik
Aura Deera Lee Lirik
Kembali Tina Rasid Lirik, Komposer
Erti Aidilfitri Hani Nosha, Araa Zahaz, Aynie Syuhada Lirik, Komposer
Bila Mencintaimu[5] Mina Amira[6] Lirik

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Laman web rasmi Fusion Records MY
  2. ^ Primeworks Studios. "Alif & Sofia". Dicapai pada 14 Oktober 2021
  3. ^ Sinopsis Sehelai Selendang Putih di TV3. Dicapai pada 14 Oktober 2021
  4. ^ Mustazah GP (13 Februari 2021) Info dan Sinopsis Drama A.I In Love. Illuminasi.com. Dicapai pada 14 Oktober 2021
  5. ^ Bila Mencintaimu di Fusion Records MY
  6. ^ Mina Amira di Wikipedia