Colin dan Dennis Creevey

(Dilencongkan dari Dennis Creevey)

Colin dan Dennis Creevey adalah watak rekaan buku Harry Potter. Mereka adalah adik-beradik yang sangat menkagumi Harry. Mereka berdua berada di asrama yang sama iaitu Gryffindor. Colin Creevey diperkenalkan kepada pembaca dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets manakala Dennis pula dalam Harry Potter and the Goblet of Fire. Colin dan Dennis adalah kelahiran Muggle. Ayah mereka adalah pemerah susu.

Colin digambarkan sebagai anak yang sangat berminat untuk mengambil tahu dan aktif, terutama dengan kenyataan bahwa ternyata dirinya adalah seorang ahli sihir, sehingga dia sering membawa kameranya untuk menangkap pandangan pelbagai kegiatan sihir. Dia sering mengikut Harry ke mana-mana ketika tahun pertamanya dan sering meminta Harry bergambar dengannya agar boleh ditunjukkan kepada keluarganya. Colin satu tahun dengan Ginny Weasley, dan ketika tahun pertamanya, dia merupakan salah satu mangsa Basilisk melalui kameranya. Pada akhir cerita, dia telah disembuhkan dengan jus mandrake buatan Profesor Sprout dan Madam Pomfrey.

Dennis pula adalah adik Colin yang muda 2 tahun, dan, seperti Colin, juga ditempatkan dalam Gryffindor. Adik-beradik Creevey bergabung dengan Tentera Dumbledore, tapi tidak seorangpun daripada mereka yang bersama dalam pertempuran di Jabatan Misteri. Walau bagaimanapun, Creevey telah menyertai pertarungan sengit di Hogwarts ketika Lord Voldemort dan Death Eater menyerang sehingga menyebabkan dirinya antara yang terkorban.

Hugh Mitchell melakonkan Colin dalam film Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002) manakala watak Dennis tidak diperkenalkan dalam filem.

Lihat juga sunting