Desa KEDA Teluk Berembang

Desa KEDA Teluk Berembang sunting

Latar Belakang sunting

 
Dewan Aktiviti Masyarakat Desa KEDA Teluk Berembang

Desa KEDA merupakan penempatan yang diwujudkan oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bermula dari tahun 1991 kepada penduduk Negeri Kedah yang termasuk dalam kategori Miskin Tegar. Terdapat 56 Desa KEDA di kawasan operasi KEDA yang dikategorikan kepada tiga jenis penempatan iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Keselamatan dan Pembangunan (KESBAN) dan Kampung Tradisional.

Desa KEDA Teluk Berembang merupakan salah satu penempatan yang dibangunkan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) oleh Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) pada tahun 2000. Pada tahun 2003, penempatan ini mula diduduki dengan bilangan rumah sebanyak 53 buah rumah dan memberi manfaat kepada 209 orang penduduk di Daerah Langkawi.

Sejarah Kampung sunting

Pulau Tuba adalah pulau kedua terbesar daripada 104 pulau dalam Daerah Langkawi, merupakan antara 3 pulau yang mempunyai penduduk selain Pulau Langkawi dan Pulau Dayang Bunting. Pada tahun 2000, KEDA membangunkan penempatan PPRT KEDA di Kampung Teluk Berembang.

Info Desa sunting

Nama Desa Desa KEDA Teluk Berembang
Mukim Kuah
DUN Kuah
Parlimen Langkawi
Daerah Langkawi
Negeri Kedah Darul Aman

Geografi sunting

Desa KEDA Teluk Berembang terletak di kawasan lembah yang dikelilingi bukit dengan keluasan 17.1 ekar. Desa KEDA ini terletak di dalam Pulau Tuba iaitu salah satu pulau yang terdapat di Pulau Langkawi.

Kepimpinan sunting

Desa-desa KEDA yang diwujudkan mempunyai Jawatankuasa Pasukan Perancang Pelaksana Program (4P) dipilih melalui Mesyuarat Agung 4P yang diadakan 2 tahun sekali bagi merancang dan melaksanakan program atau aktiviti untuk pembangunan Desa KEDA ke arah melahirkan komuniti yang sejahtera. Pejabat KEDA Zon 1, Langkawi yang diketuai oleh Pegawai Pembangunan Zon dan seorang penyelia merupakan wakil KEDA yang dipertanggungjawab untuk membangunkan Desa KEDA Teluk Berembang. Penyelia kampung  akan berhubung dengan Jawatankuasa 4P yang akan membantu pelaksanaan program dan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa 4P terdiri daripada 15 ahli jawatankuasa iaitu Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan 11 Biro yang membantu KEDA melancarkan perjalanan program demi memastikan kesejahteraan penduduk.

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Berembang sunting

Senarai Ahli Jawatankuasa 4P Desa KEDA Teluk Berembang bagi sesi 2022/2024 adalah seperti berikut :

Jawatan Penyandang
Pengerusi Salina Binti Hamzah
Timbalan Pengerusi Zaitun Binti Talib
Setiausaha Muhammad Shahrul Fitri Bin Rosli
Bendahari Norsyam Binti Shahidan
Biro Kebersihan, Alam Sekitar & Keceriaan Mazni Binti Akashah
Biro Keselamatan Mohammad Radzi Bin Said
Biro Pendidikan & Inovasi Jasmiranashrah Binti Irozi
Biro Sosial & Kebudayaan Siti Zaleha Binti Zainurin
Biro Belia, Sukan & Rekreasi Muhammad Hafiz Bin Mohamad Fozi
Biro Pembangunan Prasarana Zuriana Binti Chek Nan
Biro Teknolgi Maklumat & Komunikasi Roslawati Binti Rosli
Biro Kebajikan Yahidi Bin Md Isa
Biro Hal Ehwal Wanita Ridhwana Pasya Binti Ahmad
Biro Ekonomi Rohani Binti Kasa
Biro Agama & Sivik Ahmad Nazri Bin Ramli

Maklumat Penduduk sunting

Maklumat penduduk Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
Jumlah Keseluruhan Penduduk 228
Jumlah Keluarga 53
Bilangan Penduduk Lelaki 107
Bilangan Penduduk Perempuan 121

Pendidikan sunting

Tahap pendidikan penduduk Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :

Kelulusan Bilangan (Orang)
Sijil Kemahiran Bertauliah 1
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 24
Jumlah 25

Pendapatan Kasar Isi Rumah sunting

Penduduk Desa KEDA Teluk Berembang dikategorikan sebagai Penduduk Luar Bandar Semenanjung Malaysia yang berpendapatan rendah. Rata-rata penduduk merupakan golongan B40 yang berpendapatan rendah. Pendapatan Kasar Isi Rumah adalah seperti berikut :

Purata Pendapatan (RM) Bilangan Penduduk (Orang)
<RM530.00 0
RM531.00 - RM790.00 8
RM791.00 – RM1,319.00 22
>RM1,319.00 23

Kegunaan Tanah sunting

Secara keseluruhannya, pembangunan tanah untuk Desa KEDA Teluk Berembang ialah sebanyak 17.4ha yang merangkumi tapak kediaman seluas 13.62ha, tapak bangunan awam seluas 3ha, kolam seluas 0.63ha dan bangunan perniagaan seluas 0.15ha.

Hak Milik Penduduk sunting

Bilangan kenderaan yang dimiliki penduduk Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :

Jenis Kenderaan Bilangan (Unit)
Kereta 1
Motosikal 46
Motorbot 20
Van 3

Kemudahan Asas sunting

Dari segi infrastruktur, jalan kampung berturap sedia ada 1.13 km, lampu jalan 8 unit. Bekalan air terawat dalam kategori Sistem Bekalan Air Awam merangkumi semua rumah iaitu 53 buah rumah. Bekalan elektrik dalam kategori grid sedia ada digunakan oleh semua rumah kediaman. Sistem pembentungan menggunakan Tandas Sanitasi yang dilengkapi dengan rumah tandas dan slab, paip penyambung outlet, tangki najis/ septik dan bekalan air.

Dari segi capaian/ akses liputan, talian internet ada dan tahap kepuasan baik. Telefon bimbit ada dan tahap kepuasan baik manakala siaran televisyen dan radio ada dan tahap kepuasan baik.

Dari segi infra, Desa KEDA Teluk Berembang dilengkapi surau 1 buah, dewan orang ramai 1 buah, homestay 1 buah, bilik penginapan 2 buah, gelanggang permainan 1 buah, kolam 1 buah dan gerai 5 buah.

Golongan Khas sunting

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Golongan Khas di Desa KEDA Teluk Berembang adalah seperti berikut :

Perkara Bilangan (Orang)
Orang Kurang Upaya (OKU) 1(P)
Bapa Tunggal Tiada
Ibu Tunggal 2
Anak Yatim Tiada