Dia Yang Ku Cinta (novel)

Dia Yang Ku Cinta ialah novel 2013 oleh penulis novel Malaysia, Indah Hairani, dikeluarkan pada 2013 oleh Buku Prima. Novel ini telah diadaptasikan sebagai sebuah siri drama oleh TV3 pada 2019.[1]

Dia Yang Ku Cinta
Umum
PengarangIndah Hairani
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
GenreRomantik
Penerbitan
PenerbitBuku Prima
Tarikh penerbitan
  • 1 April 2013 (cetakan pertama)
  • 11 April 2013 (cetakan kedua)
Jenis media
Cetakan (kulit keras)
Halaman576
Kawalan kewibawaan
ISBNISBN 9789670535180

Sinopsis sunting

Chempaka Amna berkongsi satu bapa tiri dengan Larra Andrew. Ibunya berkongsi cinta dengan Mama Hanna. Lelaki yang mencintainya, dicintai oleh Larra Andrew. Kerana itu dia didera fizikal dan mental. Untuk kesinambungan hidup, dia harus keluar dari penjara Mama Hanna. Pertemuan dengan Luqman, jurutera muda itu memberi tapak untuk dia lari daripada sengsara itu namun cinta Hafidz Andrew memaksa dia kembali berdepan dengan Mama Hanna dan Larra Andrew.

Keluaran dan legasi sunting

Dia Yang Ku Cinta dikeluarkan pada 2013 oleh Buku Prima. Pada tahun 2019, novel ini telah diadaptasikan ke siaran TV melalui drama waktu perdana di Slot Samarinda bermula 17 Jun di TV3, dibintangi oleh dibintangi oleh Syerinie Myra dan Sharnaaz Ahmad.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Dia Yang Ku Cinta by Indah Hairani Goodreads. Dicapai pada 11 Mac 2020.
  2. ^ Drama Dia Yang Ku Cinta (TV3) My Infotaip (25 November 2019). Dicapai pada 25 November 2019.