Digão

Pemain bola sepak Brazil

Rodrigo Izecson dos Santos Leite, dikenali hanya sebagai Digão, (lahir 14 Oktober 1985 di Brasília) merupakan pemain bola sepak Brazil dan bermain di posisi pertahanan bersama kelab Serie A Itali, A.C. Milan selepas dua musim dipinjamkan kepada Rimini. Beliau merupakan adik kepada bintang Milan Kaká, dan bertanggungjawab kepada nama timangan Kaká, di mana beliau tidak dapat menyebut 'Ricardo' dan sebaliknya memanggil abangnya Kaká.[perlu rujukan]

Digão
Maklumat peribadi
Nama penuh Rodrigo Izecson dos Santos Leite
Ketinggian 1.94 m (6 ka ​4 38 in)
Posisi permainan Bek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
A.C. Milan
Nombor 31
Kerjaya remaja
2003–2004
2004–2005
São Paulo FC
A.C. Milan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2007
2007–
Rimini (dipinjam)
A.C. Milan
23 (1)
01 (0)
Pasukan kebangsaan
2008-Kini Brazil 1 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:37, 14 Oktober 2007 (UTC)

Digão membuat kemunculan sulung bersama Milan dalam perlawanan persahabatan menentang Dynamo Kyiv pada 6 September 2007, di mana beliau telah menerima kad kuning. Satu lagi penampilan beliau adalah dalam kekalahan 1–2 kepada Calcio Catania dalam Coppa Italia pada 20 Disember. Beliau membuat kemunculan sulung di Serie A dalam perlawanan menentang SS Lazio pada 1 Mac 2008 sebagai pemain gantian separuh masa kedua untuk Marek Jankulovski. Perlawanan tersebut berakhir dengan seri 1-1.

Pautan luar

sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.