PengenalanSunting

• Dinasti Bani Rasul/ Dinasti Rasulid/ Dinasti Rasuliyah merupakan sebuah dinasti yang diasaskan oleh Bani Rasul dan pernah berkuasa di selatan Arab.

• Bani Rasul berasal dari suku Ghassan, satu cabang dari Bani Al-Azd. Suku ini pernah menetap di wilayah Byzantine. Keturunan mereka seterusnya berpindah ke wilayah Turkmen dan menjadi salah satu suku yang dihormati. Pada zaman Muhammad Bin Harun, mereka berpindah ke Iraq,ke Syria dan seterusnya ke Mesir. Setelah itu, mereka berhijrah ke Yaman bersama keluarga Ayubiyyah.

• Pada tahun 1183M, sebilangan amir Bani Rasul mulai masuk ke wilayah Yaman. Nuruddin Umar Bin Ali merupakan penerima iqta' pertama selama penguasaan Dinasti Ayubiyyah di Yaman.

• Sewaktu penguasa Dinasti Ayubiyyah, Al-Malik Al-Mas'ud, meninggalkan Yaman untuk menjadi gabenor Damascus pada tahun 1229M, Nuruddin Umar Bin Ali telah diangkat menjadi wakilnya di sana. Beliau diperintahkan untuk mempertahankan kekuasaan Dinasti Ayubiyyah di Yaman sehingga datang penguasa Dinasti Ayubiyyah yang baharu. Walaubagaimanapun tiada seorang pun keluarga Ayubiyyah hadir.

• Nuruddin Umar Bin Ali akhirnya diiktiraf sebagai penguasa di selatan Arab daripada khalifah Abbasiyah, Al-Muntasir pada tahun 1235M.

• Dinasti ini tumbang pada tahun 1454M setelah berlakunya kekacauan sama ada dari dalam ataupun luar.

Senarai PenguasaSunting

1) Nuruddin Umar Bin Nuh/Al-Mansur Umar(1235-1249M)

• Pengasas Dinasti Bani Rasul. Dinasti ini mewarisi wilayah Dinasti Ayubiyyah, menguasai Tihamah dan kawasan selatan Yaman sehingga ke Sana'a. Beliau sentiasa berebut wilayah utara Sana'a daripada imam Syiah Zaidiah.

• Pada tahun 1230M, beliau telah menandatangani perjanjian antara dengan pemimpin Zaidiah yang bersetuju untuk mengabaikan keluarga Ayubiyyah dari wilayah itu. Sana'a diberikan sebagai iqta' kepada sepupunya, Asaduddin Muhammad Bin Hasan.

• Beliau terbunuh di Al-Janad, berdekatan Taiz pada tahun 1249M oleh kumpulan Mamluk. Golongan ini terus mengakui sepupunya, Asaduddin Muhammad.

2) Al-Muzaffar Yusuf(1250–1295M)

• Beliau ialah anak kepada Nuruddin Umar Bin Nuh/Al-Mansur Umar.

• Beliau cuba untuk memperkukuhkan kembali kedudukan beliu di selatan Yaman. Beliau mengangkat kembali Asaduddin Muhammad untuk mengurus Sana'a tetapi beliau digantikan oleh Alamuddin Asy-Sya'bi pada tahun 1260M.

• Sepanjang tempoh penguasaan beliau, dinasti ini menguasai Tihamah, dataran tinggi selatan, dataran tinggi utara, Sana'a, Hadramaut dan Arab selatan.

• Beliau Meninggal pada tahun 1295M.

3) Al-Malik al-Ashraf ‘Umar ibn Yūsuf/Al-Ashraf Umar II(1295–1296M)

• Seorang pemimpin yang banyak menghabiskan masanya menimba ilmu pengetahuan.

• Beliau telah menghasilkan buku panduan astronomi yang bertajuk Kitāb al-tabṣira fī‘ilm al-nujūm,buku panduan pertanian betajuk Milḥ al-malāḥa fī ma‘rifat al-filāḥa dan buku panduan vaterinar bertajuk Al-mughnī fī al-bayṭara'.

• Beliau meninggal dunia pada tahun 1296M.

4) Al-Mu'ayyad Da'ud(1296–1322M)

5) Malik Mujahid Nur Ad-Din Ali/Al-Mujahid 'Ali(1321-1362M)

• Selama enam tahun, Beliau berjaya menghancurkan ribuan komplot dan pemberontak.

• Pada tahun 1327M,Beliau menyerang Aden, pelabuhan besar di Selat Bab-el-Mandeb.

• Di era beliau, aktiviti perdagangan berkembang pesat. Hal ini dapat dilihat dengan kehadiran duta dari pelbagai kawasan seperti India, Sri Lanka dan China ke istana Dinasti Bani Rasul mengadakan hubungan di Laut Hindi.

6) Al-Afdal Al-'Abbas(1363–1377M)

• Beliau telah mengeluarkan kamus enam bahasa.

8) Al-Ashraf Isma'il I(1377–1400M)

9) Al-Nasr Ahmad(1400–1424M)

• Bermulanya kejatuhan Dinasti Bani Rasul.

10) Al-Mansur 'Abdullah(1424–1427M)

11) Al-Ashraf Isma'il II(1427–1428M)

12) Al-Zahir Yahya(1428–1439M)

13) Al-Ashraf Isma'il III(1439–1442M)

14) Al-Muzaffar Yusuf II(1442-1454M)

• Jatuhnya Aden pada tahun 1454M.

• Beliau akhirnya kalah kepada Dinasti Tahiriyah sekaligus menandakan pengakhiran penguasaan Dinasti Bani Rasul.

Pautan luarSunting