Doa Fátima (pelafalan dalam bahasa Portugis: ˈfatimɐ) ialah doa-doa yang berasal dari Penampakan Maria di Fátima, Portugal pada tahun 1917.[1] Mesej utama dari penampakan tersebut ialah ajakan bagi semua umat untuk sentiasa berdoa, dan desakan pertobatan seluruh dunia; sehingga tema utama dari doa-doa Fatima ialah pertaubatan.[2] Terdapat pelbagai "Doa Fatima", tetapi yang paling dikenal umum ialah yang digunakan di The Decade Prayer dalam Doa Rosario.[1] Doa-doa Fatima tidak termasuk dalam doa liturgi; dan beberapa kalangan menganggap Doa Fatima yang digunakan dalam Doa Rosario sebagai versi lain dari Doa Yesus di persekitaran Katolik Rom.

Doa Maria, lukisan karya Sassoferrato

Doa Fatima yang digunakan sebagai doa pada akhir 1 rangkaian peristiwa (The Decade Prayer) —didaraskan selepas Kemuliaan— dalam Doa Rosario ialah sesuai permintaan Bunda Maria semasa penampakan di Fátima, Portugal pada 13 jun 1917.[1] Doa ini tidak diwajibkan untuk didaraskan semasa Doa Rosario, iaitu bersifat opsyen, namun sudah umum digunakan banyak kalangan (contohnya di Vatican, Amerika Syarikat, Indonesia).[3][4][5]

Versi asli dalam bahasa Portugis:[1]

O meu Jesus perdoai-nos,
livrai-nos do fogo do inferno;
levai todas as almas para o ceu,
especialmente as que mais precisarem.

Versi bahasa inggris dari Persidangan Biskop/Kebiskopan Katolik Amerika Syarikat (USCCB):[3]

O my Jesus, forgive us our sins,
save us from the fires of hell,
lead all souls1 to Heaven,
especially those who have most need (of your mercy)2.

Versi Umum di Malaysia:

Ya Yesus, ampunilah dosa-dosa kami.
Selamatkanlah kami dari api neraka,
hantarlah segala jiwa ke syurga,
terutamanya bagi mereka yang memerlukan belas kasihan-Mu.
Amin.

Nota sunting

  • Catatan 1: maksudnya adalah jiwa-jiwa di api penyucian, sebagaimana makna aslinya dalam bahasa Portugis
  • Catatan 2: bagian dalam tanda kurung tidak ada dalam versi aslinya dalam bahasa Portugis

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d (Inggeris) Father John de Marchi, I.M.C. (1952). "The True Story of Fatima" (ed. 1956). Minnesota: Catechetical Guild Educational Society (retrieved from EWTN).
  2. ^ Ingrid Listiati. "Pandangan Vatikan tentang pesan Bunda Maria di Fatima 1917". katolisitas.org.
  3. ^ a b (Inggeris) "How To Pray The Rosary". United States Conference of Catholic Bishops.
  4. ^ (Inggeris) "The Rosary of Migrants and Itinerant People". Vatican City: Pontifical Council for the Pastoral Care of Migrants and Itinerant People.
  5. ^ "Rosario Ibu Bumi" (PDF). Keuskupan Agung Jakarta. 2013.