Buka menu utama

Dolar Hong Kong (Kod ISO 4217: HKD) ialah mata wang rasmi yang digunakan dalam Hong Kong, sebuah Kawasan Pentadbiran Khas Republik Rakyat China. Ia menduduki tempat ke-13 dalam kedudukan mata wang paling banyak didagangkan di dunia sejak April 2016.[1] Mata wang ini biasanya disingkatkan dengan simbol dolar $, atau HK$ agar membezakannya daripada mata wang dolar yang lain. Satu dolar matawang ini dibahagi kepada 100 sen.

Dolar Hong Kong
港幣 (Cina)
Hk money.jpg Hk money coins.jpg
Wang kertasDuit syiling
ISO 4217
KodHKD
Jenis mata wang
Subunit
 1/10ho (Cina)
 1/100sin (Cina)
"sen"
Simbol mata wangHK$
Wang kertas$10, $20, $50, $100, $150, $500, $1,000
Duit syiling10¢, 20¢, 50¢, $1, $2, $5, $10
Pengguna rasmi Hong Kong
Pengguna tidak rasmi China
 Macau
Pengeluaran
Lembaga kewanganLembaga Kewangan Hong Kong
 Laman sesawangwww.info.gov.hk/hkma
Pihak pencetakHong Kong Note Printing Limited
 Laman sesawangwww.hknpl.com.hk
Nilai
Inflasi2.2% (Hong Kong sahaja)
 SumberThe World Factbook, 2006 est.
Dipancang denganDolar Amerika Syarikat = HK$7.75–7.85
Dipancang olehHK$ = 1.03 pataca Macau
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Terdapat tiga bank komersial yang diberikan kebenaran oleh Lembaga Kewangan Hong Konguntuk mengeluarkan wang kertas sendiri untuk kegunaan awam di Hong Kong iaitu HSBC, Bank of China dan Standard Chartered dalam nilai HKD20, HKD50, HKD100, HKD500 dan HKD1000 dengan reka bentuk yang lebih kurang sama dikongsi bank-bank tersebut.Walau bagaimanapun, wang kertas bernilai HKD10 serta kesemua duit syiling adalah pengeluaran Pemerintah Hong Kong.

RujukanSunting

  1. ^ Triennial Central Bank Survey (April 2016), Bank for International Settlements.

Pautan luarSunting