Templat:Infobox Pegawai Kabinet ASasp@, Donald Hebb Rumsfeld (lahir 9 Julai 1932 - 2021) adalah Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat sejak tahun 2001, di bawah pimpinan Presiden George W. Bush. Beliau adalah Setiausaha Pertahananan yang ke-21 dan adalah orang yang tertua memegang jawatan tersebut. Beliau pernah memegang jawatan yang sama di bawah pemerintahan Presiden Gerald Ford dari tahun 1975 hingga 1977. Rumsfeld telah lama berkhidmat di bidang swasta dan awam.

Kehidupan sunting

Rumsfeld dilahirkan di Chicago, Illinois, di dalam keluarga yang berketurunan Jerman. Beliau menuntut di Universiti Princeton menerusi biasiswa dan telah berkhidmat di dalam Angkatan Laut Amerika Syarikat (United States Navy) (1954-57) sebagai seorang Naval aviator. Beliau telah ke Washington, DC pada tahun 1957 untuk bekhidmat di pejabat Presiden Dwight D. Eisenhower sebagai seorang pegawai pembantu tadbir kepada seorang ahli Congress dari Ohio. Selepas bekerja untuk beberapa ketika di firma pelaburan bank, beliau telah dilantik sebagai ahli U.S. House of Representatives mewakili daerah Illinois pada tahun 1962, sewaktu berusia 30 tahun. Beliau telah dilantik kembali pada tahun 1964, 1966, dan 1968.

Rumsfeld bersara daripada Congress pada tahun 1969 untuk berkhidmat di pejabat Presiden Nixon sebagai Pengarah Pejabat Kepeluangan Ekonomi Amerika Syarikat (United States Office of Economic Opportunity). Beliau juga pernah menyandang pelbagai portfolio seperti Pembantu kepada Presiden, anggota Kabinet Presiden, Penasihat kepada Presiden dan Pengarah Program Perstabilan Ekonomi (Economic Stabilization Program).

Pada tahun 1973, beliau telah meninggalkan Washington DC untuk berkhidmat sebagai duta besar Amerika Syarikat kepada pertubuhan NATO di Brussels, Belgium (1973-1974).

Pada Ogos 1974, beliau telah dipanggil balik ke Washington untuk berkhidmat dengan Presiden Gerald Ford, sebagai pengerusi peralihan kuasa kepresidenan Gerald Ford (Chairman of the transition to the Presidency of Gerald R. Ford) (1974), Ketua Pegawai Kanan Rumah Putih (White House Chief of Staff), anggota Kabinet Presiden (1974-1975) dan Setiausaha Pertahanan Amerika yang ke-13 (1975-1977). Pada tahun 1977, Rumsfeld dikurniakan dengan Presidential Medal of Freedom, anugerah tertinggi Amerika Syarikat untuk orang awam.

Dari 1977 ke 1985, Rumsfeld memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (Chief Executive Officer) dan Presiden G.D Searle & Co., sebuah syarikat farmasi antarabangsa. Di bawah kepimpinan Rumsfeld, syarikat Searle berjaya mendapat kelulusan daripada FDA, (sebuah agensi yang bertanggungjawab mengawal pengedaran makanan, alat persolekan, alat perubatan dll.). untuk mengedarkan aspartame, sebuah pemanis buatan setelah berulangkali ditolak oleh FDA. Kejayaan beliau untuk mendapatkan kelulusan sedemikian telah mendapatkan beliau anugerah "Ketua Pegawai Eksekutif Cemerlang dalam Industri Farmasi" oleh Wall Street Transcript (1980) dan Financial World (1981).

Dari 1985 ke 1990, beliau berkecimpung dalam bidang perniagaan. Walaupun sibuk dengan kerjaya perniagaan, beliau masih menggiatkan diri dalam perkhidmatan awam dan memegang berbagai jawatan termasuk:

  • Ahli, President's General Advisory Committee on Arms Control - Pentadbiran Reagan (1982 - 1986);
  • Duta Khas Presiden Reagan di perjanjian Law of the Sea Treaty (1982 - 1983);
  • Penasihat Kanan kepada Panel on Strategic Systems (1983 - 1984);
  • Ahli, U.S. Joint Advisory Commission on U.S./Japan Relations - Pentadbiran Reagan (1983 - 1984);
  • Duta Khas Presiden Reagan di Timur Tengah (1983 - 1984);
  • Ahli, National Commission on the Public Service (1987 - 1990);
  • Ahli, National Economic Commission (1988 - 1989);
  • Ahli, Board of Visitors of the National Defense University (1988 - 1992);
  • Ahli, Commission on U.S./Japan Relations (1989 - 1991);
  • Pengerusi, Commission on the Ballistic Missile Threat to the United States (1998 - 1999);
  • Ahli, U.S. Trade Deficit Review Commission (1999 - 2000); dan
  • Pengerusi, U.S. Commission to Assess National Security Space Management and Organization (2000).

Penderaan tahanan sunting

Kebimbangan awal Jabatan Pertahanan ("Department of Defense's -DOD") berkenaan penahanan, menyimpan, dan menyoal siasat tahanan di medan perang ditimbulkan semasa kejadian sebelum Perang Iraq. Disebabkan sejarah dengan tentera Saddam menyerah apabila berhadapan dengan tindakan ketenteraan, ramai dikalangan DOD termasuk Rumsfeld dan United States Central Command General Tommy Franks memutuskan bahawa adalah baik bagi kepentingan semua bagi menyerahkan tahanan tersebut kepada negara masing-masing. Dengan itu terdapat tekanan kuat dari kebanyakan organisasi Amerika Syarikat dan badan dunia bagi melaksanakan Persetujuan Geneva. Bagaimanapun, Rumsfeld mempertahankan keputusan pentadbiran Bush untuk menahan pejuang musuh tanpa perlindungan di bawah ("Third Geneva Convention"). Disebabkan ini, penkritik (termasuk U.S. Senate Armed Services Committee 11-08 Executive Summary, vote 17-0) menyatakan Rumsfeld bertanggung jawab secara peribadi bagi skandal Penjara Abu Ghraib. Rumsfeld sendiri menyatakan, "Kejadian ini berlaku semasa tempoh saya sebagai setiausaha pertahanan. Saya bertanggung jawab baginya." [1]

 
Tuntutan bagi Donald Rumsfeld berhenti berkait dengan penderaan tersebut.
 
"Saya berdiri 8-10 jam sehari. Mengapa tahanan berdiri dihadkan kepada empat jam?"

[2]

Manfred Nowak, the special representative on torture at the UN Commission on Human Rights, stated in January 2009 that Rumsfeld and others should be prosecuted for war crimes because of their approval of the interrogation methods used on prisoners at the Guantanamo Bay detention camp.[3]


>



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.

  1. ^ ""Rumsfeld 'the best'" — CNN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-05-11. Dicapai pada 2009-10-18.
  2. ^ — "Rumsfeld okayed abuses says former US Army general" Reuters News
  3. ^ "Bush Should Face Prosecution, Says UN Representative". Deutsche Welle (German Public Radio - World Service). 2009-01-21.