Duku Langsat merupakan sejenis buah dalam keluarga Lansium domesticum. Ia mempunyai sifat gabungan buah duku dan langsat. Ia merupakan kacukan diantara buah duku dan langsat. Rupa bentuk buah dan warna adalah sama seperti langsat. Cuma kulitnya agak tebal dan keras berbanding dengan buah langsat tetapi tidak setebal dan sekeras buah Duku Johor.

Duku Langsat
لڠست
Seulas buah Duku Langsat
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Lansium
Spesies:
L. domesticum
Nama binomial
Lansium domesticum

Pokok ini berasal dari barat Asia Tenggara, bermula dari India Selatan hingga Filipina. Ia mudah ditemui di Malaysia dan Thailand.

Habitat sunting

 
Bentuk buah Duku Langsat hampir sama dengan Langsat.

Pokok ini mudah tumbuh seperti kebanyakan pokok buah-buahan tropika iaitu di kawasan tropika & subtropika panas. Selalunya ia ditanam sebagai tanaman selingan di kebun kelapa atau durian. Seperti juga pokok manggis, rambutan dan pokok buah-buahan lain yang berfungsi sebagai pokok peneman yang memberi naungan. Ia tumbuh subur hanya dalam persekitaran terlindung dan lembap dengan ketinggian sehingga 800 m.

Ciri Buah sunting

Buahnya boleh berbentuk elips, bujur, atau bulat. Setiap buah bulat diliputi oleh kulit agak tebal berwarna kuning kekuningan. Di bawah kulit, buah dibahagikan kepada lima atau enam ulas isi lembut berwarna putih jernih dan berair.

 
Bentuk buah duku langsat

Rasa buahnya sedikit manis hingga sangat masam manakala bijinya rata dan sangat pahit jika dikunyah.

 
Isi buah duku langsat yang telah masak

Ciri Daun sunting

Bahagian atasnya berkilat dan licin, Hujung daunnya berbentuk runcing.

 
Daun Duku Langsat

Ciri Bunga sunting

Bunga berwarna putih kuning terdapat dalam bentuk tangkai berkelompok. Bunganya keluar pada batang dan dahan utama.

Rujukan sunting

  1. Penang Tropikal Fruitfarm