EA-6B Prowler merupakan sebuah pesawat peperangan elektronik, enjin berkembar yang dikeluarkan oleh Grumman (kini Northrop Grumman) sebagai satu pesawat ubahsuai daripada kerangka asas A-6 Intruder. EA-6A merupakan versi peperangan elektronik terawal terbitan daripada pesawat A-6 yang digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat. Pembangunan pesawat EA-6B yang lebih canggih telah bermula pada tahun 1966. Krew EA-6B terdiri daripada seorang juruterbang dan tiga orang Pegawai Tindak Balas ELektonik, walaubagaimanapun biasanya hanya 2 orang pegawai tindak balas elektronik yang digunakan dalam sesebuah misi. EA-6 juga boleh membawa dan menembak peluru berpandu anti radar seperti AGM-88 HARM.

EA-6B Prowler
Sebuah pesawat EA-6B Prowler Tentera Laut Amerika Syarikat
Peranan Pesawat peperangan elektronik
Pengeluar Grumman
Penerbangan sulung 25 Mei 1968[1]
Diperkenalkan Julai 1971
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Laut Amerika Syarikat
Kor Marin Amerika Syarikat
Jumlah dibina 170
Kos seunit AS$52 juta
Dibangunkan dari A-6 Intruder

Prowler digunakan dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat bermula pada tahun 1971 sehingga 2019. Ia melakukan pelbagai misi untuk menyesakan sistem radar musuh, dan mengumpulkan perisikan radio ke atas sistem pertahanan udara musuh. Sejak pembersaraan penggunaan pesawat peperangan elektronik, EF-111 Raven oleh Tentera Udara Amerika Syarikat pada tahun 1998, EA-6B merupakan satu-satunya pesawat peperangan elektronik khas yang masih tinggal dalam armada Tentera Laut A.S, Kor Marin A.S dan Tentera Udara A.S sehingga kemasukkan pesawat EA-18G Growler ke dalam Tentera Laut A.S pada tahun 2009. Ia kali terakhir telah diaturgerak pada akhir tahun 2014, sebelum EA-6B ditarik keluar dari perkhidmatan Tentera Laut A.S pada bulan Jun 2015, diikuti oleh Kor Marin A.S pada bulan Mac 2019.

Spesifikasi (EA-6B) sunting

 
Orthographically projected diagram of the Grumman EA-6B Prowler.
 
Dua buah pesawat EA-6B Prowler terbang di atas ruang udara Turki bagi menyokong Operasi Northern Watch, 2002.
 
EA-6B meronda ruang udara di Bosnia dan Herzegovina, 1995.

Data dari US Navy Fact File,[2] UA Navy history page[3]

Ciri umum

  • Anak kapal: 4 (seorang juruterbang, tiga pegawai peperangan elektronik)
  • Panjang: 59 kaki 10 in (17.7 m)
  • Rentang sayap: 53 kaki (15.9 m)
  • Tinggi: 16 kaki 8 in (4.9 m)
  • Sayap luas: 528.9 kaki² (49.1 m²)
  • Berat kosong: 31,160 lb (15,130 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 61,500 lb (27,900 kg)
  • Loji kuasa:Pratt & Whitney J52-P408A turbin jet, 10,400 lbf (46 kN) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

Avionik

  • ALQ-99 penerima di dalam pesawat, ALQ-99 sistem penyesak yang dipasang pada pod
  • USQ-113 sistem penyesak komunikasi
  • Lihat juga sunting

    Pembangunan berkaitan

    Pesawat setanding

    Senarai berkaitan

    Rujukan sunting

    Nota sunting

    1. ^ Naval Air Systems Command. Warfighters Encyclopedia. EA-6B Prowler.
    2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan fact_file tidak disediakan
    3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NHC tidak disediakan

    Bibliografi sunting

    • Donald, David ed. "Northrop Grumman EA-6B Prowler", Warplanes of the Fleet. AIRtime, 2004. ISBN 1-880588-81-1.
    • Miska, Kurt H. "Grumman A-6A/E Intruder; EA-6A; EA6B Prowler (Aircraft in Profile number 252)". Aircraft in Profile, Volume 14. Windsor, Berkshire, UK: Profile Publications Ltd., 1974, p. 137-160. ISBN 0-85383-023-1.

    Pautan luar sunting