EA Kanada adalah sebuah syarikat pembangun permainan video berpusat di Burnaby, British Columbia, berhampiran Vancouver. Studio pembangunan ini telah dibuka pada Januari 1999 serta merupakan studio Electronic Arts terbesar. EA Kanada sendiri sahaja sudah menggaji lebih seribu pekerja.

EA Kanada
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriPermainan video
Ditubuhkan1999
PenggantiEA Sports Big Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatBurnaby, British Columbia, Kanada
KeluaranNHL Sunting ini di Wikidata
PemilikElectronic Arts Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan1,000+
Syarikat indukElectronic Arts Sunting ini di Wikidata
Tapak webLaman web rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Di dalam bangunan utama terdapat: sebuah studio penangkapan pergerakan, 20 bilik komposer, 14 suite penyuntingan video, 3 studio penerbitan, satu sayap penciptaan audio, serta sebuah jabatan jaminan kualiti. Terdapat juga kemudahan seperti bilik kesihatan, panggung wayang, sebuah kafeteria dipanggil EAt, kedai kopi serta bilik permainan video. Bangunan tersebut terletak bersebelahan Discovery Park.

EA Black Box terbentuk setelah EA membeli Black Box Games pada tahun 2002, sebagai sebahagian EA Kanada. Ia menjadi studio bebas EA pada tahun 2005. Pada Mac 2003, firma tersebut mengatakan bahawa terdapat kekurangan ruang untuk projek semasa maka empat tingkat teratas di sebuah menara pejabat digunakan untuk pengembangan. Sejak peubuhannya, EA Black Box menjadi pengeluar utama francais Need for Speed.

EA Kanada adalah satu studio utama bagi gergasi perisian permainan Amerika Syarikat iaitu Electronic Arts atau EA, yang turut mempunyai beberapa studio bukan Amerika di serata dunia. EA, berpangkalan di Redwood City, California, menguasai EA Kanada pada tahun 1991 dengan bayaran $11 juta semasa firma perisian Kanada ini dikenali sebagai Distinctive Software. Semasa pengambilalihannya, Distinctive Software dikenali kerana membangunkan beberapa permainan perlumbaan serta sukan yang diterbitkan di bawah jenama Accolade. Sejak dikenali sebagai EA Kanada, ia telah membangunkan banyak permainan EA Games, EA Sports dan EA Sports BIG.

Pautan luar sunting