Electronic Arts
Electronic Arts (EA) (NASDAQ: ERTS) adalah penerbit, pemasar, pembangun serta pengedar permainan video berpangkalan di Amerika Syarikat. Ditubuhkan pada tahun 1982 oleh Trip Hawkins, syarikat tersebut menjadi perintis kepada industri permainan komputer rumah serta dikenali kerana mempromosikan pereka serta pengaturcara yang bertanggungjawab terhadap permainan keluaran mereka. Awalnya, EA merupakan penerbit permainan komputer rumah. Pada lewat 1980-an, syarikat tersebut mula membangunkan permainan sendiri serta menyokong konsol permainan pada awal 1990-an. EA kemudian berkembang melalui penguasaan beberapa syarikat pembangun berjaya. Sehingga awal dekad 2000-an, EA menjadi penerbit permainan video ketiga terbesar di dunia. Pada Mei 2008, syarikat telah merekodkan pulangan bersih sejumlah AS$4.02 bilion pada tahun fiskal 2008.[3] Pada masa sekarang, permainan EA paling berjaya ialah permainan sukan yang diterbitkan di bawah label EA Sports, permainan berasaskan filem berlesen serta permainan daripada francais yang berterusan seperti Need for Speed, Medal of Honor, The Sims, Command & Conquer serta judul lebih kemudian bagi siri Burnout.
Jenis/bentuk sah | Awam (NASDAQ: ERTS) |
---|---|
ISIN | US2855121099 |
Industri | Permainan video |
Ditubuhkan | 27 Mei 1982 |
Pengasas | Trip Hawkins |
Ibu pejabat | Redwood City, California, AS |
Tokoh penting | John Riccitiello, CEO Frank Gibeau, Presiden, Label EA Games Peter Moore, Presiden, EA SPORTS Kathy Vrabeck, Presiden, EA Casual Entertainment Nancy Smith, Presiden, Label The Sims Larry Probst, Pengerusi lembaga serta bekas CEO (1991-2007) Trip Hawkins, pengasas serta bekas CEO (1982-1991) |
Keluaran | Army of Two, Medal of Honor, Command & Conquer, perisian, Apex Legends, permainan video |
Hasil | ▲$4.02 bilion USD (2008)[1] |
Pendapatan kendalian | 1,332,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) |
Pendapatan bersih | ▲$339 juta USD (2008) |
Modal | 38,830,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2022) |
Jumlah aset | 13,288,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) |
Jumlah ekuiti | 7,840,000,000 Dolar Amerika Syarikat (2021) |
Bilangan kakitangan | 7,900 (2007)[2] |
Pembahagian | EA Kanada, Maxis Software, Electronic Arts (United Kingdom) |
Anak syarikat | PopCap Games, Softcannon, Crystal Dynamics, EA Sports, Electronic Arts K.K., Respawn Entertainment, DICE, EA Studios Japan, EA Bright Light, Bullfrog Productions, Maxis Software, Criterion Games, Glu Mobile |
Tapak web | www.ea.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Rujukan
suntingLihat juga
suntingPautan luar
sunting- (Inggeris) Laman web rasmi Electronic Arts
- (Inggeris) Electronic Arts di Curlie
- (Inggeris) Profil Electronic Arts di MobyGames
- Data perniagaan untuk Electronic Arts, Inc.:
- Reuters
- SEC filings