Edvard Munch [ˈɛ̀dvɑʈ ˈmʊŋk , éd.vart mungk], (12 Disember 1863 – 23 Januari 1944) merupakan seorang pelukis dari Norway. Beliau paling dikenali dengan salah satu lukisannya, Der Schrei der Natur.

Edvard Munch
Edvard Munch 1921.jpg
Foto tangkapan Anders Beer Wilse, 1921
Kelahiran(1863-12-12)12 Disember 1863
Meninggal dunia23 Januari 1944(1944-01-23) (umur 80)
WarganegaraNorway
Terkenal keranaCat dan seni grafik
Gerakan politikEkspresionisme, SImbolisme

BiografiSunting

Awal hidupSunting

Edvard Munch lahir di sebuah rumah ladang di Ådalsbruk, Løten, Norway; beliau anak kedua lima adik-beradik kepada Laura Catherine Bjølstad dan Christian Munch, anak seorang paderi yang bekerja sebagai doktor. Keluarga sebelah bapanya mempunyai seberapa orang terkenal - seorang bapa saudaranya Jacob pelukis manakala seorang lagi, Peter Andreas Munch, sejarawan terkenal atas kerjanya mentafsir saga menceritakan salasilah dan sejarah tamadun Viking.[1]

Keluarga Munch berpindah ke kota Christiania (kini Oslo) pada tahun 1864 apabila ayah Munch dipindahkan kerjanya dalam markas tentera sana. Ibunya meninggal dunia akibat batuk kering tahun 1868;[2] dia dan adik-beradiknya dibesarkan bapanya dan seorang ibu saudara mereka Karen. Edvard sering dalam keadaan kesihatan yang tidak berapa baik sampai mengurung diri daripada bersekolah, ayahnyalah yang mengajarnya sejarah dan sastera.[3] Sambil ini juga, Edvard melukis-lukis untuk mengisi kelapangan masanya dalam rumah.

Kerjaya seniSunting

Senja hidupSunting

Karya-karya Munch sendiri ditempelak rejim Nazi di Jerman bersama seniman-seniman semasanya seperti Pablo Picasso, Paul Klee, Henri Matisse, Paul Gauguin sebagai "seni hina" (Entartete Kunst) yang dilihat Adolf Hitler sebagai "gasar", "kuno" dan "primitif".[4] Sebanyak 82 buah karya Munch dikeluarkan daripada muzium-muzium serata Jerman,[5] namun banyak ada yang berjaya dibelikan semula dan disorokkan.[6]

Munch meninggal dunia berhampiran Oslo pada 23 Januari 1944 sebulan selepas hari jadinya ke-80, pihak Nazi mengambil kesempatan mempergunakan kematian ini dengan mengadakan pengebumian hebat untuknya sebagai penunjukkan kuasa sehingga ada dalam kalangan warga Norway menyangka Munch menyokong pihak Nazi.[7]

Estet Munch dibeli pemerintah kota Oslo tahun 1946,[8] karya-karya Munch yang terselamat pula diamanahkan kepada kota tersebut lalu ditempatkan dalam muzium khas yang dibina tahun 1963 di Tøyen: muzium ini selaku estet tunggal rasminya[9] mempamerkan kira-kira 1,100 buah lukisan, 4,500 buah lakaran dan 18,000 buah cetakan dihasilkan beliau.[9]

Gaya seniSunting

Pengkaryaan beliau sangat dipengaruhi pengalaman ngeri yang dirasakan semasa hayatnya seperti kematian-kematian ibu dan seorang adik kesayangannya (Johanne Sophie pada 1877) akibat penyakit kering;[2] kisah-kisah seram nukilan Edgar Allan Poe diceritakan bapanya sebagai hiburan sekeluarga turut melekat dalam jiwa Munch yang merasakan ajal sangat mendekatinya selalu.[10][11]

GaleriSunting

RujukanSunting

  1. ^ Eggum 1984, halaman 15
  2. ^ a b Eggum 1984, halaman 16
  3. ^ Prideaux 2005, halaman 17
  4. ^ Prideaux 2005, halaman 313
  5. ^ Eggum 1984, halaman 287
  6. ^ Prideaux 2005, halaman 319
  7. ^ Prideaux 2005, halaman 328
  8. ^ Altern 1961, m/s. 5-19.
  9. ^ a b "The Museum and the collection". Munch Museum. Diarkib daripada yang asal pada 19 Mei 2012. Dicapai pada 6 Mei 2012.
  10. ^ Prideaux 2005, halaman 17
  11. ^ Prideaux 2005, halaman 19
Sumber utama

Bacaan lanjutSunting

  • Heller, Reinhold, penyunting (1984). Munch: His Life and Work. London: Murray. ISBN 0-7195-4116-6.
  • Schiefler, Gustav (1907). Verzeichnis des Graphischen Werks Edvard Munchs bis 1906 (dalam bahasa Jerman). Berlin: B. Cassirer. OCLC 39789318.
  • Schiefler, Gustav (1927). Das Graphische Werk von Edvard Munch: 1906–1926 (dalam bahasa Jerman). Berlin: Euphorion Verlag. OCLC 638113186.
  • Woll, Gerd (2009). Edvard Munch: Complete Paintings: Catalogue Raisonné. 4. London: Thames & Hudson. ISBN 0-500-09345-8.

Pautan luarSunting