Pablo Picasso
Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Pablo Ruiz Picasso (25 Oktober 1881–8 April 1973) ialah seorang pelukis dan pengarca Sepanyol yang merupakan salah satu tokoh seni abad ke-20 yang paling terkenal, khususnya sebagai pengasas kubisme, bersama-sama dengan Georges Braque.
Karya-karya Picasso sering dikategorikan mengikut "tempoh". Sedangkan nama bagi tempoh-tempoh yang kemudian sentiasa dipertikaikan, tempoh-tempoh karyanya yang paling biasa diterima adalah seperti berikut:
- Tempoh Biru (1901–1904): Sifat lukisan-lukisan Picasso dalam tempoh ini muram dengan sedikit warna biru dan dipengaruhi oleh lawatannya ke seluruh Sepanyol serta kematian kawannya yang baru-baru itu. Lukisan-lukisan itu sering menonjolkan akrobat, badut, pelacur, pengemis, dan seniman.
- Tempoh Ros (1905–1907): Lukisan-lukisan dalam tempoh ini lebih riang dengan warna-warna jingga serta merah muda, dan masih menonjolkan badut. Picasso bertemu dengan Fernande Olivier, seorang model perempuan bagi pengarca dan pelukis, di Paris dalam tempoh ini, dan banyak lukisannya dipengaruhi oleh persahabatannya yang mesra ini, selain daripada pendedahannya kepada lukisan Perancis.
- Tempoh dipengaruhi Afrika (1908–1909): Dalam tempoh ini, Picasso dipengaruhi oleh dua tokoh yang pada dirinya diilhami pula oleh artifak-artifak Afrika. Beliau melukis kedua-dua tokoh ini dalam lukisannya, Les Demoiselles d'Avignon (kedua-dua orang disebelah kanan lukisan ini).
- Kubisme Analisis (1909–1912): Dalam tempoh ini, Picasso bersama-sama dengan Braque memperkembangkan satu gaya pelukisan yang menggunakan warna-warna coklat monokrom di mana mereka memisah-misahkan dan "menganalisis" objek-objek dari segi bentuk. Ketika itu, lukisan-lukisan Picasso dan Braque amat serupa dengan satu sama lain.
- Kubisme Sintetik (1912–1919): Tempoh ini menggunakan kolaj dan kertas yang sudah digunting untuk membuat lukisan, dan merupakan kali pertama kolaj digunakan untuk seni halus.
Rujukan
suntingPautan luar
suntingWikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Pablo Picasso |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pablo Picasso. |
Muzium:
- Pablo Picasso di Muzium Seni Metropolitan, New York
- Muzium Berggruen (Berlin, Jerman)
- Museo Picasso Málaga (Málaga, Sepanyol)
- Museu Picasso (Barcelona, Sepanyol)
- Musée National Picasso (Paris, Perancis) Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine
Galeri dalam talian:
- Projek Picasso Dalam Talian
- Galeri Picasso (629 lukisan) di artst.org
- Pablo Ruiz Blasco y Picasso (Picasso): 400 karya
- Galeri Seni Pablo Picasso
- Lukisan-lukisan Pablo Picasso dalam Himpunan Seni Peribadi Diarkibkan 2021-08-07 di Wayback Machine
- Galeri Pablo Picasso dari 1912 hingga 1923 — 30 gambar
- Galeri Pablo Picasso dari 1924 hingga 1937 — 42 gambar
- Picasso di Galeri Olga — 260 gambar