Eksesais Keris Strike 2014
Eksesais Keris Strike 2014 adalah latihan ketenteraan bersama Tentera Darat Malaysia dengan tentera Malaysia di pantai timur Semenanjung Malaysia. Kedatangan tentera Amerika menerusi Terengganu dan pergi ke Kem Pengkalan Chepa dan Kem Desa Pahlawan menimbulkan kegusaran orang ramai.
Eksesais Keris Strike
suntingEksesais Keris Strike Siri 18/2014 ini bersama dengan Tentera Darat Malaysia.Pasukan Amerika dari United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii. Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota Tentera Darat Malaysia menyertai Eksesais Keris Strike kali ini yang bermula 13 September hingga 26 September 2014. Gerombolan tentera itu dilihat menuju ke Hutan Simpan Sokor, Tanah Merah. Ia melibatkan Formasi 8 Briged di bawah naungan Markas 2 Divisyen. Latihan ketenteraan berorentasikan pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario bencana banjir.[1]
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri memberitahu Dewan Rakyat bahawa tentera AS selama dua minggu dari 18 hingga 21 Mac untuk latihan tahunan bersama Markas 8 Briged dan Markas Tentera Darat.Seterusnya kehadiran tentera United States Army Pasific (USARPAC) untuk menjalankan latihan bencana alam seperti banjir dan jungle warfare. Latihan itu diadakan lagi pada 17 hingga 29 September 2014.
Bantahan
suntingLatihan bersama dengan tentera Amerika mendapat bantahan rakyat Malaysia. Sejarah menunjukkan konspirasi barat dalam beberapa tragedi termasuk pencerobohan ke atas Iraq, Afghanistan dan pendedahan intipan oleh bekas agen Central Intelligence Agency (CIA), Edward Snowden.
Pada 29 Mac 2014, Ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary minta penjelasan tentang kehadiran 'polis dunia' itu. Bacalah dan ingatlah tentang dokumen oleh Arkib Negara Malaysia bertajuk 'Documents On Malacca From 1509-1511', mendedahkan bagaimana Kota [[A Famosa' dibina oleh Portugis dari batu nisan orang Muslim dan serpihan batu masjid yang runtuh akibat serangan Portugis. Surat Alfonso De Albuquerque kepada King D Manuel jelas menyatakan tekadnya untuk menghancurkan Makkah dan kota Muslim yang lain, yang perlu dibaca sebagai sebahagian strategi Perang Salib.
Ahmad Marzuk mendesak kerajaan menyiasat kes pesawat MH370 dan curiga dengan kehadiran dua perisik Israel di Bukit Aman dan penglibatan APCO.