Ekuiti Nasional Berhad

Ekuiti Nasional Berhad (lebih dikenali sebagai Ekuinas) merupakan sebuah syarikat pelaburan modal Malaysia dengan modal awal RM500 juta. Dana yang diperolehinya akan memberi tumpuan pelaburan dalam sektor berpotensi tinggi disasar meningkat RM10 bilion.[3][1]

Ekuiti Nasional Berhad
Jenis/bentuk sahSyarikat awam berhad milik kerajaan
IndustriEkuiti swasta
Ditubuhkan1 September 2009; 14 tahun yang lalu (2009-09-01)
Ibu pejabatMenara Surian, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tokoh penting
  • Raja Arshad Raja Uda (Pengerusi)
  • Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir (CEO)
Hasil RM43.3 juta (2014)[1]
Pendapatan bersih RM14.4 juta (2014)[1]
Aset di bawah pengurusan RM04.1 bilion (2014)[2]
Jumlah aset RM63.2 juta (2014)[1]
Syarikat indukYayasan Ekuiti Nasional
Tapak webwww.ekuinas.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Pada 30 Jun 2009, menurut Perdana Menteri Najib Razak bahawa Ekuiti Nasional Berhad merupakan institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion menggantikan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun yang sepatutnya berada pada sasaran 30 peratus. Dana yang diperolehi adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi dan berbeza sama sekali dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah. Ekuinas akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera berpotensi yang mana penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit.[4]

Pandangan pihak lain sunting

Pada 1 Julai 2009, menurut seorang penganalisis ekonomi, Haim Hilman Abdullah pula berkata, penubuhan Ekuinas akan membantu menebarkan taburan ekonomi yang adil kepada masyarakat. Bagi Naib Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Shawaludin Mohd. Din berkata, semua pihak harus bersikap positif dan tidak mengamalkan sikap terlalu melindungi kepentingan bumiputera sehingga menjadi rintangan kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Manakala bagi presidennya Datuk Ibrahim Ali, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyambut baik langkah meliberalisasi dasar ekonomi negara menegaskan, pelaksanaan itu perlu dilakukan agar dapat disesuaikan dengan keupayaan kaum bumiputera untuk bersaing di peringkat ekonomi global sekarang dan mengingatkan kerajaan agar melakukan liberalisasi kepentingan bumiputera secara berhati-hati dan berperingkat dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.[5]Bagi penganalisa dan ahli blog A Kadir Jasin, dapat memulakan kegiatan membiayai penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi korporat dalam masa enam bulan dari sekarang yang mana beliau nampak bahawa Ekuinas bertujuan menjamin penyertaan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan melalui operasi perniagaan yang telus dan mesra.[6]

Perlantikan Lembaga Pengarah sunting

Pada 3 Ogos 2009, Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan pelantikan Tan Sri Raja Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) dan Abdul Rahman Ahmad bagi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Ekuinas berkuat kuasa 1 September 2009. Turut dilantik ialah Datuk Azman Yahya, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan dan Datuk Noriyah Ahmad sebagai ahli Lembaga Pengarah Ekuinas.[7]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Financial statements for the year ended 31 December 2014" (PDF). Ekuiti Nasional Berhad. 2014-12-31. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2016-03-20. Dicapai pada 2015-08-21.
  2. ^ "Annual Report 2014" (PDF). Ekuiti Nasional Berhad. 2014-12-31. Diarkibkan daripada yang asal (pdf) pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-08-21.
  3. ^ "PM umum penubuhan Ekuinas", Utusan.com, 30 Jun 2009.
  4. ^ "Ekuiti Nasional ditubuh", Utusan Online, 1 Julai 2009.
  5. ^ ["Liberalisasi perlu berhati-hati - Perkasa", Utusan Online. 2 Julai 2009.]
  6. ^ "Piagam Ekuinas Jamin Penyertaan Bumiputera", The Scribe,4 September 2009.
  7. ^ "Raja Arshad, Rahman terajui Ekuinas", Utusan Online, 4 September 2009.

Pautan luar sunting