Emily Kong Chien Ling (Cina Ringkas: 建灵空; Cina Tradisional: 建靈空; pinyin: Kõng Jiàn Líng; 7 Ogos 1990 – 9 Mac 2019) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan filem-filem lakonannya seperti Ban Shou Shao Nu (2016), My Surprise Girl (2017) dan Get Hard (2018). Pada 9 Mac 2019, beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.[1]

Emily Kong
Kelahiran
Kong Chien Ling

(1990-08-07)7 Ogos 1990
Meninggal dunia9 Mac 2019(2019-03-09) (umur 28)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianKemalangan jalan raya
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2009–2019
PasanganWong Wei Jing (2015–2019; kematiannya)
Emily Kong
Cina Tradisional: 建靈空
Cina Ringkas: 建灵空

Kerjaya sunting

Kerjaya hiburan Emily Kong mencakupi bidang lakonan dan nyanyian. Beliau telah membintangi sebanyak lima filem termasuk Love Endures (2015) dan My Surprise Girl (2017). Beliau juga turut serta dalam rancangan Sing! China pada 2018.

Kehidupan peribadi sunting

Kong berkahwin dengan Wong Wei Jing pada November 2015.[2]

Kematian sunting

Beliau meninggal dunia pada 9 Mac 2019 selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur,[1][3][4] selepas kereta Toyota Vios yang dipandunya dipercayai hilang kawalan, lalu merempuh pokok di hadapan pasar raya besar NSK sekitar jam 3.20 pagi semalam.[1][3] Difahamkan, Kong mengalami kecederaan parah di kepalanya. Mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Upacara penghormatan terakhir diadakan di Gereja Perhimpunan Injil Penuh Kuchai Lama, manakala upacara persemadian diadakan pada 10 Mac.[3][5]

Filemografi sunting

Filem sunting

  • Love Endures (2015)
  • Ban Shou Shao Nu (2016)
  • My Surprise Girl (2017)
  • Get Hard (2018)

Televisyen sunting

  • Sing! China 2018 (2018)

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Pelakon Emily Kong maut dalam kemalangan". Berita RTM. 10 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mac 2020.
  2. ^ "Family, friends, celebs pay tribute to late Malaysian actress Emily Kong" [Keluarga, rakan, selebriti memberi penghormatan terakhir kepada mendiang pelakon wanita Malaysia, Emily Kong] (dalam bahasa Inggeris). Yahoo! Style. 11 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mac 2020.
  3. ^ a b c M. Kumar (10 Mac 2019). "Actress Emily Kong dies in car crash" [Pelakon Emily Kong meninggal dunia akibat nahas jalan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Star Online. Dicapai pada 30 Mac 2020.
  4. ^ "#Showbiz: Emily Kong dies in car crash" [#Hiburan: Emily Kong maut kemalangan] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 10 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mac 2020.
  5. ^ "Malaysian actress Emily Kong dies in car crash" [Pelakon wanita Malaysia, Emily Kong meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya] (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 11 Mac 2019. Dicapai pada 30 Mac 2020.

Pautan luar sunting