Empangan Linggiu

empangan di Kota Tinggi, Johor, Malaysia

Koordinat: 1°54′24″N 103°41′22″E / 1.906657°N 103.689534°E / 1.906657; 103.689534 Empangan Linggiu adalah empangan air tawar Sungai Johor yang terletak berhampiran dengan Linggiu, Felda Linggiu dan lain-lain lokasi berhampiran di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Empangan ini terletak di hulu Sungai Linggiu , iaitu anak Sungai Johor. Sungai Johor secara umumnya mengalir dari arah Utara ker Selatan iaitu dari Gunung Gemuruh mengalir ke Selat Johor sepanjANG 122.7 km.

Difahamkanm Empangan Linggiu telah siap pada 1993 dan dikendalikan oleh Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB) hasil perjanjian kerjasama antara kerajaan negeri Johor dengan negara Singapura. Singapura menerusi (PUB) masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.Majlis menandatangani penyerahan 4 buah kemudahan utiliti air tersebut telah disaksikan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim. [1]

Sejak sekian lama, syarikat Public Utilities Board (PUB) Singapura turut mengendalikan Loji Air Sungai Skudai, di Johor Bahru kerana Singapura pernah berada di bawah Malaysia sehingga 1965. Loji air lain ialah Loji Air Gunung Pulai,Rumah Pam Pontian dan Rumah Pam Tebrau, Johor.

Rujukan sunting