Buka menu utama

Empayar Haiti Pertama (Bahasa Perancis: Empire d'Haïti; Bahasa Kreol Haiti: Anpi an Ayiti) merupakan sebuah negara beraja elektif di Amerika Utara. Haiti sebelum ini merupakan kawasan jajahan atau penempatan pihak Perancis sebelum ia dimerdekakan dalam Revolusi Haiti pada 1 Januari 1804. Gabenor Jeneralnya Jean-Jacques Dessalines - salah satu tokoh yang bertanggungjawab bagi pembebasan Haiti - menggelarkan dirinya sebagai ketua empayar ini setelah penubuhannya pada 22 September 1804.

Dessalines dibunuh pada tahun 1806. Dua orang pengikutnya Alexandre Pétion dan Henri Christophe mengambil alih tampuk kekuasaan negara tersebut yang terbelah menjadi dua negara pecahan: Republik Haiti di bahagian selatan diperintah Pétion dan État d'Haïti di bahagian utara diperintah Christophe.