Enggang jambul putih

Enggang jambul putih (Berenicornis comatus) atau enggang jambul panjang, ialah spesies enggang dalam keluarga Bucerotidae. Ia kadangkala dikelirukan dengan enggang gombak putih dari Afrika.

Enggang jambul putih
Jantan
CITES Appendix II (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Bucerotiformes
Keluarga: Bucerotidae
Genus: Berenicornis
Bonaparte, 1850
Spesies:
B. comatus
Nama binomial
Berenicornis comatus
(Raffles, 1822)
Sinonim
  • Aceros comatus

Taksonomi sunting

Ia ialah ekajenis dalam genus Berenicornis, walaupun kekadang enggang gombak putih dimasukkan dalam genus tersebut manakala enggang jambul putih pula dimasukkan dalam genus Aceros.[3]

Pemerihalan sunting

 
Jantan (kanan) dan betina (kiri)

Ia bersaiz besar, mencapai panjang 83–102 cm (33–40 in) dan berat 1.3–1.5 kg (2.9–3.3 lb). Betina lebih kecil daripada jantan. Buluannya hitam dan putih. Kepala, leher, dada, dan ekornya putih, manakala buluan selebihnya hitam. Ia berbulu jambul putih. Di antara mata dan paruh dan pada tekaknya terdapat kulit biru gelap yang terdedah. Paruhnya kebanyakannya hitam, dengan pangkal kekuningan. Seperti kebanyakan enggang, ia mempunyai cula kehitaman di atas paruhnya. Betina mempunyai leher dan bahagian bawah hitam.

Pemakanan sunting

Ia bersifat wilayah dan memakan pelbagai buah-buahan, gerok, artropod, dan larva.[4]

Taburan sunting

Ia terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan Borneo.

Habitat sunting

Ia mendiami hutan hujan pada ketinggian rendah dan sederhana, biasanya pada ketinggian di bawah 900 meter. Ia juga boleh didapati di ladang buah-buahan, kelapa sawit, dan getah. Ia diancam oleh kemusnahan habitat.

Tingkah laku sunting

Betina menelurkan dua biji telur putih di dalam lubang pokok, kemudian mengurung dirinya dengan menghalang laluan masuk ke dalam sarang menggunakan najis, serpihan, dan lumpur. Jantan, burung dewasa, dan burung muda lain membentuk kumpulan kerjasama, memberi makan kepada betina membiak dan anak melalui lubang yang sempit. Betina memecahkan "dinding" dan meninggalkan sarang apabila anak boleh terbang.[4]

Status pemuliharaan sunting

Habitat hutan yang menjadi tumpuannya semakin berkurang sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan ini, ia statusnya telah ditukar dari Hampir Terancam menjadi Terancam dalam Senarai Merah IUCN pada 2018.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ a b BirdLife International (2018). "Berenicornis comatus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T22682507A132272549. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22682507A132272549.en. Dicapai pada 15 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Clements, J. F. 2007.
  4. ^ a b "Arkive.org". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-18. Dicapai pada 2012-10-09.