Stadium Centenario
Stadium Centenario merupakan sebuah stadium yang terletak di kawasan Montevideo, Uruguay. Stadium ini selalunya digunakan untuk perlawanan bola sepak. Ianya telah dibina di antara tahun 1929 dan 1930 dan merupakan salah satu stadium yang digunakan untuk perlawanan Piala Dunia FIFA 1930. Stadium ini telah disenaraikan oleh FIFA sebagai salah satu stadium bola sepak klasik, bersama-sama dengan Stadium Maracanã, Stadium Wembley, Stadium San Siro, Stadium Azteca dan Stadium Santiago Bernabéu[2].
Stadium Centenario | |
---|---|
Nama penuh | Estadio Centenario |
Lokasi | Montevideo, Uruguay |
Koordinat | 34°53′40″S 56°9′10″W / 34.89444°S 56.15278°WKoordinat: 34°53′40″S 56°9′10″W / 34.89444°S 56.15278°W |
Pecah tanah | 21 Julai 1929 |
Dibina | 1929–1930 (8 bulan) |
Dibuka | 18 Julai 1930 |
Pemilik | Jabatan Kerajaan Montevideo |
Pengendali | AUFI |
Permukaan | Rumput |
Kos pembinaan | $ 1,000,000 |
Arkitek | Juan Antonio Scasso |
Kapasiti | 76.609 [1] |
Rekod kehadiran | 93,000 (Uruguay-Yugoslavia, 27 Julai 1930) |
Dimensi padang | 105 x 68 m |
Penyewa | |
Pasukan bola sepak Uruguay |
Stadium ini merupakan stadium keramat bagi pasukan bola sepak Uruguay kerana mereka jarang kalah apabila perlawanan yang melibatkan pasukan kebangsaan diadakan di sini.
Sejarah
suntingStadium Centenario merupakan antara stadium terpenting sekali dalam pembangunan sukan di Amerika Selatan. Pada awalnya, ianya telah dibina bagi menempatkan perlawanan-perlawanan dalam Piala Dunia FIFA 1930 oleh pekerja-pekerja asing yang telah membina dalam masa sembilan bulan. Nama stadium ini diambil daripada sambutan 100 tahun Perlembagaan Uruguay yang pertama.
Sektor
suntingStadium ini dibahagikan kepada empat sektor utama.
- Olympic
- Nama ini diambil bersempena dengan kejayaan dua kali berturut-turut pasukan bola sepak Uruguay dalam sukan Olimpik pada tahun 1924 dan 1928.
- Nama ini diambil daripada sebuah tempat di Perancis, di mana acara bola sepak pada sukan Olimpik tahun 1924 berlangsung dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Uruguay.
- Nama ini diambil daripada sebuah tempat di Belanda, di mana acara bola sepak pada sukan Olimpik tahun 1928 berlangsung dan dimenangi oleh pasukan bola sepak Uruguay.
- America
Tempat ini disediakan untuk para tetamu kehormat serta terdapat bahagian untuk para wartawan membuat liputan. Tempat ini berhadapan dengan sektor Olympic
Sewaan stadium
suntingSelain pasukan bola sepak kebangsaan Uruguay yang bermain di stadium ini, kelab-kelab bola sepak di sekitar Uruguay juga menyewa stadium ini untuk perlawanan liga[3]. Kelab bola sepak CA Peñarol menggunakan stadium ini sebagai tuan rumah untuk hampir kesemua permainan pada tahun lalu[4].
Manakala, kelab bola sepak Nacional pula menggunakan stadium ini untuk perlawanan yang melibatkan pasukan di luar Uruguay[5]. Perlawanan derby di antara Nacional dan Peñarol juga selalunya diadakan di sini[1].
Senarai perlawanan
suntingBerikut merupakan senarai perlawanan dan kejohanan yang telah diadakan di stadium ini.
- Piala Dunia FIFA - 1930
- Copa América - 1942, 1956, 1967, 1995
Rujukan
sunting- ^ a b "Estadio Centenario, Montevideo". FIFA. Dicapai pada 1 April 2017.
- ^ "Classic Stadiums". FIFA. Dicapai pada 1 April 2017.
- ^ "Historia (bahasa Sepanyol)". Estadio Centenario. Dicapai pada 1 April 2017.
- ^ "Uruguay - CA Peñarol - Resultados y próximos partidos". Dicapai pada 1 April 2017.
- ^ "Uruguay - Club Nacional de Football - Resultados y próximos partidos". Dicapai pada 1 April 2017.