Etinilestradiol/noretisteron

Etinlestradiol/noretisteron (EE/NET), atau etinilestradiol/noretindron ialah pil kawalan kelahiran campuran yang mengandungi etinilestradiol (EE), sejenis estrogen, dan noretisteron (NET), suatu progestin.[1] Ia digunakan dalam kawalan kelahiran, gejala haid, endometriosis, dan gejala menopaus.[1][2] Kegunaan lain termasuk jerawat.[1] Ia diambil melalui mulut.[1] Beberapa persediaan EE/NET juga mengandungi tambahan zat besi dalam bentuk ferus fumarat.[3]

Etinilestradiol/noretisteron
Kombinasi
EtinilestradiolEstrogen
NoretisteronProgestogen
Data klinikal
Nama dagangAlyacen, Aranelle, Balziva, lain-lain
Nama lainEE/NET
AHFS/Drugs.comMonograph
MedlinePlusa601050
Kaedah
pemberian
Mulut
Kod ATC
Status perundangan
Status perundangan
Pengecam
Nombor CAS
PubChem CID
ChemSpider
CompTox Dashboard (EPA)

Kesan sampingan boleh termasuk loya, sakit kepala, darah beku, sakit payudara, kemurungan dan masalah hati.[2] Penggunaan tidak disyorkan semasa kehamilan, tiga minggu awal selepas bersalin, dan pada mereka yang berisiko tinggi pembekuan darah.[2][4] Walau bagaimanapun, ia boleh dimulakan serta-merta selepas keguguran atau pengguguran.[4] Merokok semasa menggunakan pil kawalan kelahiran gabungan tidak digalakkan.[5] Ia berfungsi dengan menghentikan pengovulan, menjadikan rahim tidak sesuai untuk implantasi, dan menjadikan lendir pada pembukaan serviks tebal.[4]

Pil gabungan ini telah diluluskan untuk kegunaan perubatan di Amerika Syarikat pada 1964.[6] Ia berada dalam Senarai Ubat Penting Pertubuhan Kesihatan Sedunia.[7] Ia boleh didapati sebagai ubat generik.[8] Ia dipasarkan dengan pelbagai nama jenama.[9] Pada tahun 2020, ia adalah ubat ke-45 yang paling kerap dipreskripsi di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 14 juta preskripsi.[10][11]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d "Ethinyl estradiol and norethindrone (HRT) medical facts from Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2016. Dicapai pada 23 December 2016.
  2. ^ a b c World Health Organization (2009). Stuart MC, Kouimtzi M, Hill SR (penyunting). WHO Model Formulary 2008. World Health Organization. m/s. 365. hdl:10665/44053. ISBN 9789241547659.
  3. ^ Editor in Chief, Richard J. Hamilton MD FAAEM FACMT FACEP (30 April 2020). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2020 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 347–. ISBN 978-1-284-40304-6.CS1 maint: extra text: authors list (link)
  4. ^ a b c "Brevinor Tablets - Summary of Product Characteristics (SPC) - (eMC)". www.medicines.org.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2016. Dicapai pada 23 December 2016.
  5. ^ "Estrogen-Progestin Combinations". The American Society of Health-System Pharmacists. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 December 2016. Dicapai pada 8 December 2016.
  6. ^ Haussman, Melissa (2013). Reproductive Rights and the State: Getting the Birth Control, RU-486, Morning-after Pills and the Gardasil Vaccine to the U.S. Market (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 72. ISBN 9780313398223. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2016.
  7. ^ World Health Organization (2019). World Health Organization model list of essential medicines: 21st list 2019. Geneva: World Health Organization. hdl:10665/325771. WHO/MVP/EMP/IAU/2019.06. License: CC BY-NC-SA 3.0 IGO.
  8. ^ Hamilton, Richart (2015). Tarascon Pocket Pharmacopoeia 2015 Deluxe Lab-Coat Edition. Jones & Bartlett Learning. m/s. 353. ISBN 9781284057560.
  9. ^ "Alyacen 1/35 (birth control) medical facts from Drugs.com". www.drugs.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 December 2016.
  10. ^ "The Top 300 of 2020". ClinCalc. Dicapai pada 7 October 2022.
  11. ^ "Ethinyl Estradiol; Norethindrone - Drug Usage Statistics". ClinCalc. Dicapai pada 7 October 2022.