Serviks atau leher/mulut/pangkal rahim[1] ialah bahagian bawah rahim (atau uterus) dalam sistem pembiakan perempuan manusia yang berhubung ke faraj. Serviks lazimnya berukuran 2 ke 3 cm panjang dan berbentuk silinder, dan berubah bentuk ketika kehamilan. Bahagian bawah serviks atau ektoserviks membonjol ke bahagian atas faraj. Serviks telah dikaji secara anatomi sejak sekurang-kurangnya zaman Hippocrates dalam kira-kira 2,000 tahun lampau.

Serviks
Rajah sistem pembiakan perempuan manusia. Serviks ialah bahagian bawah rahim/uterus.
Butiran
PendahuluDuktus Müller
ArteriArteri faraj dan arteri rahim
Pengenalpastian
nama bahasa LatinCervix uteri
MeSHD002584
TAA09.1.03.010
FMAFMA:17740
Terminologi anatomi

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Anisah Barakbah (2017). "Alat Sulit/Kuntum/Faraj". Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. m/s. xv. ISBN 9789671330593.

Pautan luar

sunting
  •   Media berkenaan Serviks di Wikimedia Commons