Eutheria (dari Yunani ευθήριον, euthērion, bererti "binatang sejati") merupakan klad yang terdiri daripada primat dan semua mamalia lain—dalam kebanyakan order—yang lebih berkaitan rapat dengan primat berbanding marsupial. Placentalia merupakan klad yang bermula dengan leluhur sepunya terakhir kepada haiwan-haiwan Eutheria yang sedia ada. Oleh itu Placentalia merangkumi semua haiwan Eutheria yang wujud, maka Eutheria yang tidak beruri tentu sudah pupus; gambar di sebelah kanan menunjukkan sejenis haiwan sedemikian Eomaia.

Eutheria
Julat zaman: Akhir Jura – Kini, 160–0 Ma
Spesimen fosil Eomaia scansoria
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Subkumpulan

Eutheria dibezakan daripada mamalia lain dengan pelbagai ciri kaki, buku lali, rahang dan gigi. Antara perbezaan utama antara Euteria beruri dan tanpa uri adalah yang beruri tiada tulang epipubik yang terdapar pada semua mamalia hidup mahupun fosil yang lain (monotrema dan marsupial).

Spesies Eutheria tertua yang diketahui ialah Juramaia sinensis, yang berusia 160 juta tahun dari zaman Jura di China.[1]

Istilah "Eutheria" diperkenalkan oleh Thomas Henry Huxley pada tahun 1880 dengan takrifan yang lebih luas daripada "Placentalia" yang dipakai sebelumnya.

Rujukan sunting

  1. ^ Luo Z, Yuan C, Meng Q, Ji Q (2011). "A Jurassic eutherian mammal and divergence of marsupials and placentals". Nature. 476 (7361): 42–45.CS1 maint: multiple names: authors list (link)