Faruq HMC, atau nama sebenarnya, Mohd Faruq bin Mohd Suhaimi adalah seorang penari tarian jalanan dan koreografer. Berasal dari Sentul, Kuala Lumpur. Dia juga seorang ketua untuk sebuah kumpulan tarian jalanan, HMC Phlow. Pada usia remaja, pada mulanya dia hanya menari tarian elektro, iaitu Shuffling. Apabila usia meningkat dewasa, dia lebih menonjolkan tarian jalanan yang berunsurkan Krumping, Popping, Locking dan lain-lain.

Mohd Faruq bin Mohd Suhaimi
Kelahiran (1990-11-12) 12 November 1990 (umur 33)
WarganegaraMalaysia Malaysia
PekerjaanPenari
Tahun aktif2007—present
Kampung asalMalaysia

Pencapaian sunting

Sebagai Pemimpin Kumpulan HMC Phlow sunting

Showdown 2010 sunting

Faruq dan krewnya, HMC Phlow, menyertai Showdown 2010, sebuah rancangan pencarian kumpulan penari tarian jalanan di Malaysia. Dia berjaya membimbing krewnya, menghadapi rintangan setiap minggu sepanjang mereka dalam pertandingan tersebut sehinggalah mereka tersingkir daripada pertandingan itu akibat tewas dalam pertembungan battle dengan Wakaka Krew. Mereka tewas pada minggu ke-9, sebelum minggu terakhir pertandingan itu.

Showdown 2011 sunting

Dia dan kumpulannya sekali lagi menyertai pertandingan tersebut pada tahun 2011, tetapi kekurangan seorang ahli kumpulan. Mereka dapat mengharungi segala cabaran dalam pertandingan tersebut sehingga ke final. Pada minggu terakhir, mereka antara dua krew yang terselamat daripada disingkirkan, tetapi mereka harus ber-battle dengan Elecoldxhot, juga salah satu krew yang terselamat juga. Malangnya, HMC Phlow tewas dengan Elecoldxhot dengan kalah undian. Ini menjadikan kumpulan mereka sebagai tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Acara-acara lain sunting

HMC Phlow pernah menari untuk artis-artis tempatan sebagai penari latar belakang. Mereka juga beberapa kali melakukan banyak acara kecil-kecilan.

Bersama Elecoldxhot sunting

Dia dan Fuzz menyertai kumpulan Elecoldxhot[1], pemenang Showdown 2011, untuk menyertai sebuah pertandingan menari tarian jalanan di Singapura, iaitu Suntec Dance Competition 2011. Mereka menjuarai pertandingan tersebut dalam kategori berkumpulan. Faruq juga mendapat tempat kelima dalam acara berseorangan, manakala kawan seperjuangannya, Chriz Ooi dari kumpulan Elecoldxhot berjaya mendapat tempat pertama dalam kategori itu. Kejayaan mereka dalam kategori berkumpulan telah memberi mereka peluang menyertai World Supremacy Battleground 2011[2], pertandingan menari untuk seluruh dunia. Mereka hanya berjaya mendapat kedua dalam pertandingan tersebut.

Meninggalkan HMC dan Menyertai Elecoldxhot sunting

Faruq membuat kenyataan di akaun Facebook-nya, bahawa dia secara rasmi meninggalkan HMC Phlow dan menyertai Elecoldxhot. Tindakannya itu atas rela hatinya, dan bukan atas salah faham atau perbalahan antara ahli-ahli kumpulannya. Dia dan salah seorang ahli kumpulan HMC Phlow, Fuzz sahaja yang menyertai Elecoldxhot.

Kemunculan sunting

Dia dan salah satu ahli kumpulan HMC Phlow, Epul, muncul dalam muzik video "Siapa Dia"[3] nyanyian Datin Tiara Jacquelina.

Rujukan sunting