Fauzi Deraman

ilmuan Islam Malaysia

Profesor Madya Dr Haji Fauzi Deraman ialah seorang ulama dan ahli akademik di Malaysia. Beliau ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia sejak 2023.[1] Beliau ialah bekas profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dan dikenali sebagai seorang tokoh ilmu hadis.[2] Beliau turut giat dalam menghasilkan penulisan. Beliau juga ialah Naib Yang Dipertua PUM dari 2007 hingga 2023.[3]

Profesor Madya Dr

Fauzi Deraman

M.A. (Riyadh), Ph.D (UM)
Timbalan Yang Dipertua
Persatuan Ulama Malaysia
Memegang jawatan
2023
Didahului olehWan Mohamad Sheikh Abdul Aziz
Butiran peribadi
Lahir (1954-12-18) 18 Disember 1954 (umur 69)
Machang, Kelantan
Alma materUniversiti Islam Imam Muhammad bin Saud dan Universiti Malaya

Pendidikan sunting

Beliau mempunyai sarjana muda Syariah dan Undang-undang dari Yayasan Pelajaran Tinggi Islam Kelantan, Nilam Puri sejak 1977. Kemudian beliau melanjutkan pengajian bahasa Arab di peringkat diploma di Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud, Riyadh, Arab Saudi sehingga 1980. Beliau turut menamatkan pengajian sarjana di sana pada 1985, sebelum melanjutkan pengajian Ph.D. di Universiti Malaya, Kuala Lumpur sehingga 1999.[4][5]

Beliau yang memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah di Fakulti Usuluddin, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 1986 tetap setia bersama institusi berkenaan sehingga bersara pada tahun 2016 sebagai Profesor Madya di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith di akademi yang sama.[5]

Karya penulisan sunting

  • Sharaf al-Qudha; Fauzi Deraman (Penterjemah); Zulkifli Mohd Yusoff (Penterjemah); Abdul Rashid Ahmad (Penterjemah) (2010). Petunjuk Nabawi Bagi Hati. Kuala Lumpur: Warisan Nabawi Enterprise & Centre of Quranic Research (CQR), Universiti Malaya. ISBN 9789675534089.
  • Mohd Asri Zainul Abidin; Adnin Armas; Fauzi Deraman; Mohammad Kamil Abd Majid (2006). Islam Liberal : Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong. Kuala Lumpur: Karya Bestari Sdn Bhd. ISBN 9789678602600.
  • Fauzi Deraman (2010). Hadith dalam karya Syeikh Daud al-Fatani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9789834603366.
  • Fauzi Deraman; Ishak Suliaman; Faisal Ahmad Shah (2010). Pengajian hadith di Malaysia: tokoh, karya dan institusi. Kuala Lumpur: Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. ISBN 9789675534058.
  • Fauzi Deraman; Ishak Suliaman; Faisal Ahmad Shah (2011). Sunnah Nabi: Realiti dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur: Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. ISBN 9789675534140.
  • Shamsudin Othman (penyunting); Mohd Asri Zainul Abidin; Fauzi Deraman; Saifuddin Mohd Rasip; Mohamad Kamil Ab Majid (2004). Membaca dan Memahami Yasin. Kuala Lumpur: Wholesale-Mart Business Point Sdn Bhd.
  • Fauzi Deraman; Mustaffa Abdullah (2007). Pengantar Usul Tafsir. Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam UM & Intel Multimedia Publication. ISBN 978-983-241-710-1.
  • Ishak Hj. Suliaman; Fauzi Deraman; Mohd. Muhiden Abd Rahman; Abdul Karim Ali (2007). Autoriti Hadis Menangani Gerakan Antihadis. Kuala Lumpur: UM Press. ISBN 983-100-422-1.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Wan Mohamad pimpin Persatuan Ulama Malaysia". Bebas News. 6 November 2023. Dicapai pada 6 Disember 2023.
  2. ^ YUSOP, MOHD SHAZWAN; MUSTAPHA, AZIMI (2020-09-10). "Dr. Fauzi Deraman tokoh ilmu hadis". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-12-05.
  3. ^ Lentera (2007-12-26). "MERDEKA: Bekas Mufti Terengganu Yang Dipertua PUM Yang Baru". MERDEKA. Dicapai pada 2023-12-05.
  4. ^ "Prof Madya Dr Fauzi Deraman - Profile - Infaq.SG". infaq.sg. Dicapai pada 2023-12-05.
  5. ^ a b Nurulfatiha Muah (8 September 2023). "'Jadi pendakwah, besar cabaran, besar juga ganjaran menanti' – Dr Fauzi Deraman". Sinar Plus.
  6. ^ Hadir, Shawaliah (2020-08-20). "Tok Bilal dan Tok Noja 'frontliner' rumah Allah". MalaysiaGazette (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.