Formasi Rebak
Formasi Rebak ialah satu formasi batuan berusia Karbon yang terdapat di Langkawi, Malaysia.
Asal-usul
suntingFormasi Rebak mula diperkenalkan oleh Mat Niza Abdul Rahman et al. (2014) dan MT-JGSC (2015) bagi menerangkan batuan berusia Karbon yang tersingkap di Pulau Rebak Besar, Pulau Rebak Kecil dan Teluk Mempelam di Pulau Langgun, Langkawi.
Formasi Rebak sebelum ini merupakan Ahli Rebak, ahli batuan paling bawah dalam Formasi Singa tetapi dinaiktaraf sebagai satu formasi kerana ia menunjukkan ciri yang berbeza berbanding ahli batuan lain dalam Formasi Singa.
Usia | Ahmad Jantan (1973) | Mat Niza Abdul Rahman et al. (2014) dan MT-JGSC (2015) | ||
---|---|---|---|---|
Perm | Formasi Singa | Ahli Selang | Formasi Singa | Ahli Selang |
Ahli Ular | Ahli Ular | |||
Ahli Kentut | Ahli Kentut | |||
Karbon | Ahli Rebak | Formasi Rebak |
Komposisi Batuan
suntingFormasi Rebak terdiri daripada batu pasir dan batu lumpur berwarna kemerahan.