Fortune Global 500

Fortune Global 500 adalah suatu kedudukan 500 perbadanan seluruh dunia diukur mengikut hasil. Senarai ini disusun dan diterbitkan oleh majalah Fortune.

Sehingga tahun 1989 ia menyenaraikan hanya perbadanan industri bukan-AS di bawah tajuk "International 500", manakala Fortune 500 mengandungi dan masih mengandungi syarikat-syarikat AS secara ekslusif . Pada tahun 1990, syarikat-syarikat AS telah ditambah untuk menyusun satu senarai kedudukan perbadanan industri yang benar-benar global mengikut jualan. Pada tahun 2005, lebih daripada 450 daripada mereka beribupejabat di Eropah (195), Amerika Syarikat (176), dan Jepun (80).[1]

Semenjak 1995, senarai berkenaan sudah pun mempunyai bentuk terkini, menyenaraikan juga perbadanan kewangan dan pembekal perkhidmatan mengikut hasil.

Senarai 2010 sunting

Ini adalah 10 teratas seperti yang telah diterbitkan pada bulan Julai 2010. Ia berdasarkan tahun fiskal syarikat yang berakhir pada atau sebelum 31 Mac 2010.[2]

Kedudukan Syarikat Negara Bidang
1 Wal-Mart Stores   Amerika Syarikat Peruncitan
2 Royal Dutch Shell   Belanda Petroleum
3 Exxon Mobil   Amerika Syarikat Petroleum
4 BP   United Kingdom Petroleum
5 Toyota Motor   Jepun Automobil
6 Japan Post Holdings   Jepun Kepelbagaian
7 Sinopec   Republik Rakyat China Petroleum
8 State Grid   Republik Rakyat China Kuasa
9 AXA   Perancis Insurans
10 China National Petroleum   Republik Rakyat China Petroleum

Manakala Fortune menyenaraikan Shell sebagai satu syarikat Belanda, syarikat ini menegaskan bahawa ia merupakan syarikat kedua-dua Belanda dan British.[3]

Pemecahan 2015 mengikut negara sunting

Ini adalah kedudukan 10 negara teratas dengan syarikat paling Global 500 companies.[4]

Rank Country Companies
1   Amerika Syarikat 128
2   Republik Rakyat China 106
3   Jepun 53
4   Perancis 32
5   United Kingdom 29
6   Jerman 28
7   Korea Selatan 17
8   Belanda 15
9    Switzerland 12
9   Kanada 11

Senarai 2009 sunting

Pemecahan 2009 mengikut bandar raya sunting

Ini adalah pemecahan mengikut bandar raya (bukan kawasan metropolitan) seperti yang dinilai oleh Fortune pada senarai tahun 2009.[5] 10 bandar raya teratas dengan syarikat-syarikat paling Global 500 disenaraikan. Senarai 2010 tidak memasukkan satu senarai bandar raya yang disusuin oleh syarikat-syarikat Fortune 500.

Kedudukan Bandar raya Negara Bilangan syarikat Global 500
Global 500
Hasil ($ juta)
1 Tokyo   Jepun 51 2,237,560
2 Paris   Perancis 27 1,399,172
3 Beijing   Republik Rakyat China 26 1,361,407
4 New York   Amerika Syarikat 18 869,150
5 London   United Kingdom 15 994,772
6 Seoul   Korea Selatan 11 519,351
7 Madrid   Sepanyol 9 434,393
8 Toronto   Kanada 7 195,510
8 Zürich    Switzerland 7 242,595
8 Osaka   Jepun 7 291,492
8 Moscow   Rusia 7 380,530
8 Munich   Jerman 7 485,386

Notakaki sunting

  1. ^ "PDF-Human Rights Policies and Management Practices: Results from questionnaire surveys of Governments and Fortune Global 500 firms" (PDF). Dicapai pada 2008-03-06.
  2. ^ "Global 500". Fortune. Dicapai pada Julai 8, 2010.
  3. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-01. Dicapai pada 2010-08-30.
  4. ^ "Global 500 2010: Countries - Australia". Fortune. Dicapai pada July 8, 2015. Number of companies data taken from the "Pick a country" box.
  5. ^ "Global 500 2009: Cities". Fortune. Dicapai pada Julai 10, 2009.

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting