Fran Wilde merupakan penulis buku dan blog cereka sains dan fantasi dari Amerika Syarikat.

Refer to caption
Fran Wilde dalam acara Worldcon di Helsinki pada tahun 2017.

Fran dilahirkan di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1972. Sebelum menceburi bidang penerbitan, Fran pernah bekerja sebagai pelatih kapal layar, pembantu kedai emas, cikgu, profesor, dan juga pembangun laman web dan permainan. Fran tinggal dan bekerja di Philadelphia, PA dengan keluarganya dan haiwan peliharaan planktonnya. Antara hasil karyanya ialah Riverland (pemenang Anugerah Nebula: Buku cerita remaja terbaik)[1], The Jewel and Her Lapidary (novel <17500 patah kata), The Fire Opal Mechanism (novel <40000 patah kata) dan A Catalog of Storms (cerpen).

Rujukan sunting

  1. ^ "Nebula Awards 2016 Winners". Locus. Dicapai pada 2016-05-15.