Frigat kelas Al Madinah

Kelas Al Madinah adalah sebuah siri kapal frigat yang dibina untuk Tentera Laut Diraja Arab Saudi. Kapal-kapal ini dinamakan bersempena dengan nama kota-kota di Arab Saudi. Kapal pertama, Al Madinah telah ditauliahkan pada tahun 1985, dan kapal keempat Taif telah ditauliahkan pada tahun 1986. Keempat-empat frigat kelas Al Madinah berpangkalan di Laut Merah.

Ringkasan kelas
Nama: Kelas Al Madinah
Pembina: Arsenal de Lorient, CNIM, La Seyne, Perancis
Pengguna: Bendera tentera laut Arab Saudi Tentera Laut Diraja Arab Saudi
Ditauliahkan: 1985–kini
Dirancang: 4
Disiapkan: 4
Aktif: 4
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigate
Sesaran:
  • 1,990 tan standard
  • 2610 tan muatan penuh
Panjang: 377 ka 4 in (115.01 m)
Lunas: 41 m (135 ka)
Draught: 15 ka 4 in (4.67 m)
Installed power: 32,500 bhp (24,200 kW)
Jana kuasa: 2 aci, enjin diesel SEMT Pielstick
Halaju: 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Jarak: 8,000 nmi (15,000 km; 9,200 bt) pada 15 kn (28 km/j; 17 mph)
Anak kapal: 179
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Radar
    • 2 x Decca 1226, Thompson CSF – Sea Tiger DRBV-15, DRBC-32E
    • Castor 2 (kawalan tembakan)
  • Sonar
    • Hull-mounted Thompson CSF Diodon, Diodon-Sorel VDS
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • Thompson CSF DR4000 ESM , SENIT VI CCS,
  • Decoys: Two CSEE Dagaie chaff launchers
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × helikopter SA365F Dauphin
Kemudahan penerbangan: Dek dan hangar

Perincian sunting

Frigat ini telah dipesan pada bulan Oktober 1980 sebagai sebahagian daripada program "Sawari". Kelas Al Madinah telah dibina di Arsenal de Marine, Lorient (Limbungan kapal kerajaan Perancis dan CNIM, La Seyne pada pertengahan tahun 1980-an), Perancis. Sesaran dengan muatan penuh adalah 2,610 tan dan ia dilengkapi dengan lapan buah peluru berpandu permukaan ke permukaan Otomat, satu unit 8-sel pelancar peluru berpandu permukaan ke udara Crotale, dengan sejumlah 26 buah peluru berpandu kesemuanya. Kapal ini juga dipasang dengan sebuah meriam 100mm/44 dua kegunaan, dua buah meriam anti pesawat 40 mm, dan empat tiub torpedo. Di bahagian belakang frigat, sebuah dek helikopter dan hangar bagi kegunaan sebuah helikopter Dauphin disediakan.[1]

Kapal-kapal dalam kelas sunting

Kapal Pembina Dibaringkan Dilancarkan Disiapkan
702 Al Madinah Arsenal de Lorient 15 Oktober 1981 23 April 1983 4 Januari 1985
704 Hofouf CNIM, La Seyne 14 Jun 1982 24 Jun 1983 31 Oktober 1985
706 Abha CNIM, La Seyne 17 Disember 1982 23 Disember 1983 4 April 1986
708 Taif CNIM, La Seyne 1 Mac 1983 25 Mei 1984 29 Ogos 1986

Petikan sunting

  1. ^ "Al Madinah". deagel.com. 7 April 2017. Dicapai pada 27 June 2017.

Bacaan lanjut sunting

Pautan luar sunting