Frigat kelas Sachsen

F124 kelas-Sachsen adalah sebuah kelas frigat pertahanan udara terkini dalam Tentera Laut Jerman. Rekabentuk frigat kelas-Sachsen adalah berdasarkan pada F123 Brandenburg dengan ciri-ciri halimunan termaju untuk mengelirukan radar dan penderia bunyi pihak musuh. Kelas ini menggabungkan radar pelbagai fungsi APAR dan jarak jauh SMART-L yang canggih yang diwar-warkan mampu untuk mengesan pesawat dan peluru berpandu halimunan.

Hamburg di Mediterranean pada Mac 2013
Ringkasan kelas
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Jerman Tentera Laut Jerman
Didahului oleh: Pembinasa kelas-Lütjens
Dirancang: 4
Disiapkan: 3
Dibatalkan: 1
Aktif: 3
Ciri-ciri umum
Sesaran: 5,800 tan
Panjang: 143 m (469 ka)
Lunas: 17.44 m (57.2 ka)
Draft: 6 m (20 ka)
Jana kuasa:
Halaju: 29 knot (54 km/j; 33 mph)
Jarak: 4,000 nmi (7,400 km; 4,600 bt)+ pada 18 kn (33 km/j; 21 mph)
Anak kapal: 230 anak kapal + 13 krew udara
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
  • 1x sut ECM FL 1800 S II
  • 6x pelancar Sippican Hycor SRBOC
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 2x helikopter Sea Lynx Mk.88A atau 2 buah NH90 yang dilengkapi dengan torpedo, peluru berpandu udara ke permukaan Sea Skua, dan/atau mesingan berat.

Meskipun dikelaskan sebagai sebuah frigat, kemampuannya adalah setara dengan kapal Pembinasa dari segi saiz dan keupayaan yang mana bertujuan untuk mengantikan kapal kelas Lütjens. Ia menyerupai kelas De Zeven Provinciën milik Belanda, di mana kedua-duanya direka berdasarkan sistem peperangan anti udara berdasarkan radar APAR dan SMART-L selain pertahanan kawasan SM-2 Block IIIA dan pertahanan titik dengan peluru berpandu permukaan ke udara Evolved Sea Sparrow Missile (ESSM).

Kerajaan Jerman telah menganugerahkan kontrak untuk membina tiga buah kapal pada bulan Jun 1996 dengan pilihan kapal keempat yang diberi nama Thüringen, tetapi pilihan untuk kapal keempat ini tidak digunakan. Pada harga €2.1 bilion untuk tiga buah kapal, kelas ini menjadi salah satu program pembinaan kapal termahal untuk Tentera Laut Jerman.

Rekabentuk sunting

Selepas penyatuan Jerman pada tahun 1990 ekoran tamatnya Perang Dingin, Tentera Laut Jerman meneruskan program pembinaan untuk bekas Bundesmarine (Tentera Laut Persekutuan), yang mana menjangkakan sebuah armada berpusatkan pada kapal frigat dan embinasa. Kelas Sachsen merupakan kumpulan frigat kedua yang akan dibina selepas era penyatuan, selepas frigat kelas-Brandenburg dibaringkan pada awal 1990-an. Tiga buah kapal kelas Sachsen telah dipesan untuk mengantikan pembinasa kelas-Lütjens yang telah berusia lebih daripada 30 tahun.[1]


Kapal-kapal dalam kelas sunting

Nombor pennant Name Nama panggilan Pembina Dibaringkan Dilancarkan Diserahkan Ditauliahkan Takdir
F219 Sachsen DRAA Blohm + Voss, Hamburg 1 Februari 1999 20 January 2001 29 November 2002 31 Disember 2003 Aktif
F220 Hamburg DRAB HDW, Kiel 1 September 2000 16 Ogos 2002 September 2004 13 Disember 2004 Aktif
F221 Hessen DRAC Nordseewerke, Emden 14 September 2001 26 Julai 2003 7 December 2005 21 April 2006 Aktif
(F222) Thüringen Pilihan tidak digunakan

Eksport sunting

Khabar angin timbul pada bulan Julai 2013 bahawa Israel telah bersetuju untuk membeli dua buah kapal pembinasa daripada Jerman pada harga €1 bilion. Ia dikhabarkan adalah kapal kelas-Sachsen.[2][3]

Nota kaki sunting

  1. ^ Osborne, pp. 161, 174
  2. ^ "Report: Germany to sell Israel 2 destroyers for 1 billion euros". The Jerusalem Post. 7 December 2013. Dicapai pada 24 January 2014.
  3. ^ "With Natural Gas Fields in the Eastern Mediterranean, Israel Now Has a New Front: the Sea". Tablet Magazine. 17 January 2014. Dicapai pada 24 January 2014.

Rujukan sunting

  • Friedman, Norman (2006). The Naval Institute Guide to World Naval Weapon Systems. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 9781557502629.
  • Osborne, Eric W. (2005). Destroyers: An Illustrated History of Their Impact. Santa Barbara: ABC-CLIO. ISBN 9781851094790.
  • Wertheim, Eric (2007). The Naval Institute Guide to Combat Fleets of the World: Their Ships, Aircraft, and Systems. Annapolis: Naval Institute Press. ISBN 9781591149552.

Pautan luar sunting