Gaël Bigirimana

Pemain bola sepak

Gaël Bigirimana (Kirundi pronunciation: [ɡaˈeːl βiɟiriˈmaːnaː]; lahir 22 Oktober 1993) merupakan pemain bola sepak yang bermain untuk Newcastle United sebagai pemain tengah.

Gaël Bigirimana
Maklumat peribadi
Nama penuh Gaël Bigirimana[1]
Tarikh lahir (1993-10-22) 22 Oktober 1993 (umur 30)
Tempat lahir Bujumbura, Burundi
Ketinggian 5 ft 9 in (1.75 m)[2]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Newcastle United
Nombor 38
Kerjaya remaja
2005–2011 Coventry City
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2011–2012 Coventry City 26 (0)
2012– Newcastle United 13 (1)
2015–Rangers (pinjam) 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2013 England B20 2 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 30 Mac 2013
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21:44, 26 Jun 2013 (UTC)

Dilahirkan di Burundi, Bigirimana berpindah ke United Kingdom dengan keluarganya sebagai pelarian pada tahun 2004 dan memilih untuk mewakili England di peringkat bawah-20 pada tahun 2013.

Karier kelab sunting

Coventry City sunting

Bigirimana dilahirkan di Bujumbura, Burundi tetapi berpindah ke United Kingdom dengan keluarganya sebagai pelarian pada tahun 2004, selepas tinggal di Uganda.[3] Dia memulakan kariernya dengan menyertai akademi Coventry City.[3]

Dia menadatangani perjanjian profesional pertamanya untuk kelab itu pada musim panas tahun 2011.[4] Bigirimana membuat penampilan profesional pertamanya pada 8 Ogos 2011 ketika kekalahan 1–0 kepada Leicester City, bermain keseluruhan 90 minit.[5] Pada 12 Mac 2012, Bigirimana memenangi anugerah Perantis Tahunan Liga Championship untuk musim 2011-12.[6]

Newcastle United sunting

Pada 6 Julai 2012, Bigirimana menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United.[7] Laman web United mengesahkan bahawa Bigirimana telah menandatangani kontrak lima tahun dengan yuran yang tidak didedahkan, dipercayai diantara £500,000 dan £1,000,000. Penampilan sulung kompetitifnya datang pada 23 Ogos 2012, ketika Newcastle seri 1–1 dengan kelab Greece, Atromitos, dalam perlawanan Kelayakan Keempat Liga Europa UEFA,[8] sebelum membuat penampilan sulung Liga Perdana Inggeris di tempat sendiri pada 2 September 2012 ketika seri 1–1 dengan Aston Villa sebagai pemain gantian kepada Danny Simpson. Dia menjaringkan gol profesional pertamanya pada 3 Disember untuk melengkapkan kemenangan 3–0 ke atas Wigan Athletic selepas dua gol dari Demba Ba.[9]

Rangers (pinjam) sunting

Pada 2 Februari 2015, Bigirimana menyertai kelab Liga Championship Scotland, Rangers secara pinjaman sehingga akhir musim 2014–15.[10]

Karier antarabangsa sunting

Pada bulan April 2012, Bigirimana mengumumkan bahawa dia berminat untuk bermain untuk Rwanda di peringkat antarabangsa.[11] Dia kemudiannya dipertimbangkan oleh Rwanda untuk peringkat kelayakan Kejohanan Belia Afrika 2013.[12] Pada bulan Oktober, Bigirimana menyatakan dia telah menolak panggilan antarabangsa untuk Burundi kerana ketidakstabilan politik di negara itu.[13]

Pada bulan Mei 2013, Bigirimana dipanggil ke skuad sementara England untuk Piala Dunia B-20 FIFA 2013.[14] Pada 28 Mei 2013, dia dinamakan ke dalam skuad akhir oleh Peter Taylor.[15] Dia membuat penampilan sulung pada 16 Jun, ketika kemenangan 3–0 ketika perlawanan pemanas badan menentang Uruguay.[16]

Kehidupan peribadi sunting

Bigirimana dilahirkan di Bujumbura kepada bapa dari Burundi dan emak dari Rwanda.[17]

Statistik karier sunting

Kelab sunting

Sehingga 28 Ogos 2013.[18]
Kelab Musim Liga Piala FA Piala Liga Eropah Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Coventry City 2011–12[19] Championship 26 0 1 0 1 0 28 0
Newcastle United 2012–13[20] Liga Perdana Inggeris 13 1 1 0 1 0 10[a] 0 25 1
2013–14[21] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 1 0 1 0
Jumlah 13 1 1 0 2 0 10 0 26 1
Jumlah Karier 39 1 2 0 3 0 10 0 54 1
  1. ^ Penampilan dalam Liga Europa UEFA

Kejayaan sunting

Individu sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "FIFA U-20 World Cup Turkey 2013 – List of Players" (PDF). Fédération Internationale de Football Association (FIFA). m/s. 8. Dicapai pada 26 July 2013.
  2. ^ Rollin, Glenda; Rollin, Jack, penyunting (2012). Sky Sports Football Yearbook 2012–2013 (ed. 43rd). London: Headline. m/s. 457. ISBN 978-0-7553-6356-8.
  3. ^ a b "Coventry's boy from Burundi". BBC Sport. Dicapai pada 13 March 2012.
  4. ^ "Coventry City 0–1 Leicester City". Coventry City F.C. 6 August 2011. Dicapai pada 6 August 2011.
  5. ^ "Coventry City v Leicester City". BBC Sport. Dicapai pada 13 March 2012.
  6. ^ "Top award for Coventry City starlet Gael Bigirimana". Coventry Telegraph. Dicapai pada 12 March 2012.
  7. ^ O'Rourke, Pete (6 July 2012). "Newcastle bag Bigirimana". Sky Sports.
  8. ^ "Atromitos 1 Newcastle United 1". Newcastle United FC. Dicapai pada 4 June 2014.
  9. ^ "Newcastle 3-0 Wigan" BBC Sport. 3 December 2012. Retrieved 3 December 2012
  10. ^ "Rangers sign five Newcastle players on loan on deadline day". BBC Sport. Dicapai pada 3 February 2015.
  11. ^ Mugabe, Bonnie (2 April 2012). "Bigirimana keen on playing for Amavubi". New Times. Dicapai pada 29 December 2012.
  12. ^ "Coventry City: Gael Bigirimana in Newcastle United talks". Coventry Telegraph. 6 July 2012. Dicapai pada 29 December 2012.
  13. ^ Bird, Simon. "Cream of the crop: How Bigirimana hit the big time thanks to a trip to buy milk". Daily Mirror.
  14. ^ "U20 WORLD CUP SQUAD". The FA. 17 May 2013. Dicapai pada 18 May 2013.
  15. ^ "Final squad named" TheFA.com. 28 May 2013. Retrieved 17 June 2013.
  16. ^ "Training win for Three Lions" TheFA.com. 16 June 2013. Retrieved 17 June 2013.
  17. ^ Nkuutu, Hamza (14 October 2012). "Bigirimana will pay off whoever trusts him". The New Times. Rwanda. Dicapai pada 14 October 2012.
  18. ^ Laman web Soccerbase: Gael Bigirimana
  19. ^ "Games played by Gael Bigirimana in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 30 May 2014.
  20. ^ "Games played by Gael Bigirimana in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 30 May 2014.
  21. ^ "Games played by Gael Bigirimana in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 30 May 2014.