Galeri Ilmu Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan bahan bercetak Malaysia yang ditubuhkan pada 20 Januari 1997. Galeri Ilmu mempunyai matlamat bagi menambah khazanah pendidikan dengan bahan-bahan bacaan berkualiti yang menarik, selain mendidik khususnya dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan demi keutuhan Negara dan ummah.[1]

Galeri Ilmu
Diasaskan pada20 Januari 1997; 27 tahun yang lalu (1997-01-20)
Negara asalMalaysia
Lokasi ibu pejabatPetaling Jaya, Selangor
Topik bukan fiksyenMajalah
Buku
Laman web rasmiwww.galeriilmu.com.my

Syarikat ini turut terbabit dengan penerbitan majalah berkala seperti:- Penerbitan Majalah Berkala

  • Majalah Anis : Majalah Khusus untuk wanita kontemporari yang padat dengan ilmu dan kefahaman agama, tips panduan, kemahiran keibubapaan dan contoh pengalaman dalam membina rumahtangga Impian dan keluarga bahagia.
  • Majalah Asuh : Majalah khusus untuk kanak-kanak yang kaya dengan ilmu pengetahuan agama, kisah dan tauladan, komik dan asah minda sebagai bahan asuhan dan bimbingan menjadi anak-anak soleh yang berbakti kepada ibu bapa.
  • Majalah Q & A : Majalah khusus untuk orang dewasa yang mencari pengisian ilmu dan didikan Islam dalam membaiki diri dan keluarga untuk membentuk sendi-sendi masyarakat Islam Khaira Ummah.

Selain itu Galeri Ilmu Sdn Bhd turut menerbitkan buku-buku bacaan dalam pelbagai bidang seperti:-

  • Siri Motivasi
  • Siri Pengetahuan Islam
  • Siri Novel Tarbiah
  • Siri Panduan
  • Siri Fardhu Ain
  • Siri Komik
  • Siri Kanak-kanak

Rujukan sunting

  1. ^ Galeri Ilmu: Mengenai kami Buletin Galeri. Dicapai pada 21 April 2017.

Pautan luar sunting