Gamal Abdul Nasir Zakaria
Gamal Abdul Nasir Zakaria (lahir di Bengkalis, 22 Jun 1965; umur 59 tahun) ialah seorang pensyarah dan pengarang Indonesia.
Gamal Abdul Nasir Zakaria | |
---|---|
Kelahiran | |
Warganegara | Indonesia |
Pusat pendidikan | Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia |
Pekerjaan |
|
Pasangan | Salwa Mahalle (k. 2000) |
Anak-anak | 4 |
Ibu | Siti Zainab binti Kimpal |
Bapa | Zakaria bin Muhammad Amin |
Saudara | Zaharah Zakaria (kakak tiri sebelah bapa) Azra'ie Zakaria (abang tiri sebelah bapa) Rita Puspa Zakaria (adik) Zainudin Kamaruddin (sepupu) |
Kehidupan awal
suntingGamal Abdul Nasir Zakaria dilahirkan pada 22 Jun 1965 di Kelapapati, sebuah kampung di Bengkalis, Riau, sebagai anak keempat dan putra ketiga dari Zakaria bin Muhammad Amin, seorang ulama, dan Siti Zainab binti Kimpal, seorang pelakon.[1] Beliau mempunyai dua saudara lelaki, Zulkarnain dan Nukman, kedua-duanya adalah penjawat awam, dan empat saudara perempuan, Rinie Yuslina Fairuz dan Rita Puspa, kedua-duanya adalah penjawat awam, dan Nida Suryani dan Sri Purnama Zakaria, kedua-duanya adalah guru.[2] Gamal juga memiliki tiga saudara lelaki sebelah bapa, Nashruddin, seorang penjawat awam, Azra'ie, seorang pensyarah, dan Syakrani, seorang ketua pelabuhan, dan empat saudara perempuan sebelah bapa, Aminah, seorang guru, Zaharah, seorang ahli politik, Ulfah, seorang pakar sakit puan, dan Hanim Zakaria, seorang guru, daripada perkahwinan pertama bapanya dengan Mariah binti Ahmad.[1] Gamal melanjutkan pelajaran ke Fakulti Pendidikan Islam di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim dan memperoleh ijazah sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan pendidikan.[3] Dia memperoleh ijazah Ph.D. dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1999.[3][4]
Kehidupan peribadi
suntingGamal menikah dengan Salwa Mahalle, seorang pensyarah, pada 13 Maret 2000.[perlu rujukan] Mereka mempunyai dua orang anak laki-laki bernama Fawwaz dan Umar Khalili, dan dua orang anak perempuan bernama Wafa Imani dan Aisyah Syamila.[perlu rujukan]
Kerjaya
suntingGamal memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.[5]
Bibliografi
sunting- Mohammad Natsir: Pendidik Ummah (2003)
- Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam (2003)
- Tokoh-tokoh Abadi Pendidikan Islam: Ibnu Sahnun, al-Qabisi, Ibnu Khaldun (2014)
- Permisalan Dalam Al-Qur'an (2019)
- Kitab Hadis Arba’in Fadani: Karya Ulama Nusantara di Tanah Suci (2022)
Rujukan
suntingPetikan
sunting- ^ a b Anuwar 1991, m/s. 65.
- ^ Anuwar 1991, m/s. 65–66.
- ^ a b "Dr Hj Gamal Abdul Nasir bin Hj Zakaria". Universiti Brunei Darussalam. Dicapai pada 2024-09-05.
- ^ "Dr Gamal Abdul Nasir Zakaria". Sultan Hassanal Bolkiah Institute of Education (dalam bahasa Inggeris). 2023-04-03. Dicapai pada 2024-09-03.
- ^ Anuwar 1991, m/s. 66.
Sumber
sunting- Anuwar, Azuwar (1991). Profil Haji Zakaria Sebagai Pemuka Masyarakat Kecamatan Bengkalis (dalam bahasa Indonesia). Pekanbaru: Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim.