Gaperon adalah keju dari daerah Auvergne di negara Perancis yang dibuat dengan menggunakan dadih susu lembu.[1] Keju in secara tradisional dibuat di rumah-rumah dan bukan buatan pabrik.[1] Pada awalnya, dadih digunakan untuk membuat keju ini namun susu skim telah sering digunakan.[1] Dadih untuk membuat keju Gaperon dikacau bersama dengan bawang putih dan biji lada sebelum ditekan ke dalam acuan yang berbentuk seperti mangkuk.[1] Setelah itu, keju tersebut diikat dengan tali rafia dan digantung di dapur ataupun gudang agar mengering.[1] Bentuk keju Gaperon ini adalah seperti kubah dengan ukuran tinggi 7.5 sentimeter manakala beratnya kira-kira 300 gram.[2] Keju Gaperon dilitupi dengan kulit berwarna putih yang berbulu dan mempunyai tompok-tompok berwarna kelabu dan biru.[2] Apabila keju ini masih muda, teksturnya lembut dan kulitnya boleh dimakan.[2] Manakala itu, ketika keju tersebut telah melalui proses kematangan teksturnya menjadi semakin keras.[2] Terdapat suatu tradisi memberikan keju Gaperon yang diikat dengan pita sebagai hadiah.[2]

Gaperon
JenisKeju Peranciskeju susu lembuwhite mold-rind cheese (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Asalan
NegaraPerancis
KawasanAuvergne
LokasiLimagne (en) Terjemah Sunting nilai ini di Wikidata
Ciri-ciri
Sumber susuLembu
TeksturLembut
Tempoh penuaan4 minggu
Maklumat lain
Pengeluaran150 t Sunting nilai ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama encyclopedia
  2. ^ a b c d e (Inggeris) Gaperon Cheese Diarkibkan 2010-02-01 di Wayback Machine, Practically Edible. Diakses pada 7 Juni 2010.

Pautan luar

sunting



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.