Gema ialah pantulan bunyi yang didengari tidak lama selepas merebaknya bunyi langsung yang asal, di mana jarak pindaan bunyi tersebut berkadaran dengan jarak permukaan yang memantul daripada kedua-dua sumber bunyi dan pendengar.

Gema yang sebenar ialah pantulan tunggal yang muncul daripada sumber bunyi yang asal.

Prinsip fizik sunting

Gema yang terhasil ini hendaklah dapat didengar jauh dari sumber bunyi mengikut jarak tertentu. Kelajuan bunyi bergerak di udara diukur kira-kira 343 m/s dalam suhu 25 °C. Maka, objek yang bergerak dalam medium sama seperti gelombang bunyi mesti berjarak lebih 17.2 meter dari sumber bunyi apabila didengari di tempat sama; bunyi yang terhasil menggema dalam masa dua saat dapat diukur sejauh 343 meter.

Deria pendengaran manusia tidak mampu membezakan antara gema dengan bunyi sebenar jika jarak langka antara kedua-duanya kurang dari 1/10 sesaat.[1]

Rujukan sunting

  1. ^ Wölfel, Matthias; McDonough, John (2009). Distant Speech Recognition. Chichester: John Wiley & Sons. m/s. 48. ISBN 978-0470714072.