Gereja Presbiterian

Gereja Presbiterian atau Presbyterianisme adalah salah satu mazhab dalam cabang Protestan agama Kristian yang berakar pada gerakan Reformasi pada abad ke-16 di Eropah Barat.[1] Dari segi doktrin dan ajaran, Gereja Presbiterian mengikuti ajaran-ajaran Jean Calvin, seorang paderi Perancis pada abad ke-16.[2]

Penganut aliran ini (Presbyterian) umumnya dapat ditemukan dalam negara-negara bekas jajahan Empayar British termasuk Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan India.[3][4] serta beberapa negara yang berbudaya kuat dipengaruhi oleh Amerika Syarikat seperti Korea Selatan dan Filipina.[3][4]

RujukanSunting

  1. ^ De Jonge, C. (2009). Pembimbing ke Dalam Sejarah Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 34–35.
  2. ^ van den End, Thomas (2009). Harta Dalam Bejana. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 188–194.
  3. ^ a b Berkhof, H.; Enklaar (1993). Sejarah Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 206–207..
  4. ^ a b Aritonang, Jan S. (1995). Berbagai Aliran di dalam dan di sekitar Gereja. Jakarta: BPK Gunung Mulia. m/s. 52–80.